Tahniah Kepada 17 Penuntut Diploma Pentadbiran Pen..
Tweet |
Tahniah kepada 17 penuntut Diploma Pentadbiran Penguatkuasaan Undang-Undang dan Diploma Pengurusan Keselamatan Saito University College Fakulti Penguatkuasaan Undang-Undang dan Pengurusan Sektor Awam yang telah jayanya menamatkan Program Latihan Industri di Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia).
Kesemua penuntut Sesi 1/2023 yang menjalani program latihan industri ini berjaya menyempurnakan tugasan dan tamat tempoh internship di ketiga-tiga agensi di bawah Animal Malaysia iaitu Galeri Animal Malaysia, Akademi Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Academy dan Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct.
Pelatih didedahkan dengan tugasan Pengurusan Keadilan Jenayah Haiwan, Kaedah Penyiasatan Jenayah Haiwan, Pengenalan Undang-Undang Haiwan, Langkah Penguatkuasaan Undang-Undang Haiwan serta Pengurusan Sistem Perlindungan Premis dan Keselamatan Pengendalian Haiwan.
Semoga penuntut-penuntut yang didedahkan dengan Sistem Keadilan Jenayah Haiwan sepanjang tempoh latihan industri ini menjadi pemangkin untuk menerobos ke bidang penguatkuasaan undang-undang dalam jabatan dan agensi terlibat dengan haiwan supaya dapat memberikan perkhidmatan dan memelihara kebajikan haiwan di negara ini kelak. Terima kaseh kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Konservasi dan Ex-Situ Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia yang turut memberikan sumbangan besar terhadap pendedahan mengenai haiwan liar kepada para internship ini.
Tahniah dan selamat maju jaya.
#animallaw #animalcrime #animals #animaljustice #animalcriminaljusticesystem

Source: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=253949627385664&set=..
Tweet |
Facebook Comments