Go

Berpuluh Bangkai Kucing Dengan Rangka, Organ Dan A..

 




[ BERPULUH BANGKAI KUCING DENGAN RANGKA, ORGAN DAN ANGGOTA BADAN DIKERAT-KERAT SERTA DAGING DIKISAR LUMAT DITEMUI DALAM SEBUAH RUMAH SEWA ]

Kejadian penemuan berpuluh rangka, organ, keratan anggota badan dan daging kisar disyaki haiwan spesis kucing ditemui di sebuah rumah kondominium di Bayu Tasik Kondominium Bandar Sri Permaisuri Kuala Lumpur pada 11 Mac 2023 amat meruntun perasaan.

Satu laporan polis telah dibuat oleh pemilik premis kediaman tersebut pada 13 Mac 2023 memandangkan beberapa jiran sudah tidak tahan dengan suasana bau yang begitu busuk dari dalam rumah sewa yang dihuni seorang lelaki berusia 31 tahun warganegara Malaysia tersebut.

Hasil pemantauan mendapati keadaan dalam rumah sewa tersebut juga kelihatan amat teruk, tragis dan mengerikan dengan banyak tubuh bergelimpangan dalam rumah sewa tersebut dan terdapat sebuah bilik turut dipenuhi bangkai haiwan disyaki kucing yang telah lama mereput.

Lebih menyedihkan lagi laporan polis yang dibuat pemilik premis di Balai Polis Salak South tidak dilayan dengan alasan pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk membuat siasatan dan penguatkuasaan walau pun terdapat Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang dibawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ).

Bagaimanapun aduan ini akhirnya sampai kepada Persatuan Haiwan Malaysia dan telah dipanjangkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia kepada Ketua Seksyen Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya supaya satu tindakan penyiasatan dapat dijalankan secara komprehensif, segera dan menyeluruh.

Jika benar dakwaan terdapat aktiviti kezaliman haiwan iaitu mematikan kucing dengan secara tragis dan mengerikan ini. Persatuan Haiwan Haiwan Malaysia menuntut agar pelaku kezaliman haiwan tersebut diheret ke mahkamah dan didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Kenyataan Media :

Persatuan Haiwan Malaysia

Jumaat 24/03/2023 @ 4.45 Petang

Kuala Lumpur, Malaysia

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/2026873960853..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.