Usaha Menyuarakan Hak Haiwan Kini Semakin Mendapat..
Tweet | ![]() |
Usaha menyuarakan hak haiwan kini semakin mendapat kesedaran ramai pihak termasuk oleh badan korporat M3 Shopping Mall yang berganding bahu dengan Animal Malaysia melancarkan Kempen Bakul Kasih bermula 01 hingga 31 Mac 2023.
Kempen Bakul Kasih bertujuan mengumpulkan seberapa banyak makanan dan barangan keperluan kucing dan anjing yang dibeli oleh pengunjung M3 Shopping Mall dari Kedai Haiwan Peliharaan Amazing Pet Shop yang beradap dalam Mall tersebut.
Pengunjung boleh meletakkan barang-barang keperluan kucing dan anjing ini di dua tempat yang disediakan iaitu di kaunter Amazing Pet Shop dan kaunter Concierge dalam M3 Shopping Mall.
Orang ramai dialu-alukan je M3 Shopping Mall untuk bersama menyertai dan mengambil bahagian menjayakan Kempen Bakul Kasih. Semua keperluan kucing dan anjing ini akan diserahkan kepada Animal Malaysia untuk membolehkan lebih ramai lagi golongan memerlukan mendapat manfaat daripada Program Bakul Kasih ini.
“Di sini bermulanya kasih sayang yang terbiar dan berubahnya nasib yang tidak terbela”
✅ Galeri Animal Malaysia dibuka kepada pelawat setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption dibuka kepada yang layak. Dapatkan lokasi di Google atas nama Galeri Animal Malaysia.
✅ Bantu operasi Galeri Animal Malaysia melalui jualan amal di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia dan sumbangan kewangan : MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )
✅ Pendaftaran Sijil Pemilikan Haiwan dan platform adoption online percuma boleh dibuat di www.animalmalaysia.com
#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/2014416022098..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments