Pertemuan Antara Animal Malaysia Dengan Jabatan Pe..
Tweet |
Pertemuan antara Animal Malaysia dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar hari ini merupakan satu titik permulaan mewujudkan hubungan kerjasama Persatuan Haiwan Malaysia dengan jabatan yang bertanggungjawab mengawal selia kebajikan haiwan di negara ini cukup bermakna.
Mesyuarat bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Y.Bhg. Dr Akma binti Ngah Hamid, Pengarah Bahagian Regulatori Dr Mohammad Razli bun Abdul Razak dan Bahagian Penguatkuasaan menyentuh banyak soal usaha memperkasakan kaedah pengurusan dan kebajikan haiwan stray dan juga soal penguatkuasaan undang-undang haiwan serta kaedah penyiasatan yang boleh ditambah baik lagi.
Animal Malaysia bersama gabungan pertubuhan lain iaitu Puan Noor – MCGA – Malaysia Cat Groomers Association, Datin Hajah Surayati – Persatuan Halfway for Furly Strays dan Saudara Dave Gill dari Gillchal Sdn Bhd pengimport makanan kucing jenama Buttons and Bows Malaysia turut berbesar hati untuk menggembleng tenaga menyokong usaha DVS memperkasakan Kempen Kesedaran Kebajikan Haiwan.
Semoga lembaran tahun baharu akan datang ini bakal memberi perubahan dan kebaikan terhadap dunia kucing dan anjing jalanan khususnya.
Laporkan kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.
Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1945290079011..
Tweet |
Facebook Comments