Go

Sempena Perayaan Hari Orang Asal Sedunia Pada 9 Og..

Sempena Perayaan Hari Orang Asal Sedunia pada 9 Ogos, WWF-Malaysia ingin berkongsi pengetahuan mengenai ekologi tradisional Orang Asal dan komuniti tempatan. Sebagai contoh, banyak yang boleh kita pelajari daripada komuniti pesisir pantai tentang kehidupan laut, penggunaan sumber marin, dan cara mereka memahami dan berinteraksi dengan alam persekitaran mereka.

Menurut komuniti di Pulau Balambangan, Taman Tun Mustapha, biasanya bulan Februari hingga April merupakan musim angin utara di mana terdapat banyak ikan. Pada masa ini, anak-anak ikan atau ikan kecil lebih mudah dikesan, dan dimakan oleh ikan-ikan besar.

Selain daripada pengetahuan lautan, komuniti juga mengamalkan pantang larang yang diturunkan sejak dahulu lagi. Masyarakat dari suku kaum Ubian di Pulau Balambangan percaya bahawa kejadian seperti kaca pecah, kematian atau kecederaan adalah petanda yang tidak bagus, jadi nelayan tidak akan turun ke laut. Jika pantang larang itu dilanggar, ia boleh membahayakan keselamatan nelayan di lautan.

#OrangAsal

#PHOAS2022

#PerayaanHariOrangAsalSedunia

Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.159457438241/1016202..

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website

Facebook Comments

Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.