Go

Khidmat Komuniti Merupakan Platform Untuk Animal M..

 




Khidmat Komuniti merupakan platform untuk Animal Malaysia menyebarkan pendidikan dan kesedaran menyantuni kucing jalanan. Hari ini 12 penuntut German Malaysia Institute Bangi menjalankan kerja bakti membantu Galeri Animal Malaysia melakukan pembersihan menyeluruh shelter. Galakkan daripada pensyarah Puan Norazita binti Hj Abdul Kudus melicinkan kerja mulia ini.

Kesemua kucing yang menetap di Galeri Animal Malaysia mendapat manfaat apabila sesi pembersihan kucing dan sangkar dijalankan melalui silibus aktiviti Khidmat Sosial diatur oleh pihak Animal Malaysia. Terima kaseh kepada semua penuntut Diploma Kejuruteraan Mekanikal kerana sudi memilih Galeri Animal Malaysia sebagai tempat menimba ilmu dan pengalaman bagi memenuhi kehendak subjek Khidmat Komuniti dan Aktiviti Kokurikulum – MPU2412.

Mana-mana penuntut institut pengajian tinggi yang bercadang untuk menjalankan aktiviti khidmat sosial di Galeri Animal Malaysia boleh menghubungi www.wasap.my/+60105394749 atau mengemukakan permohonan terus ke malaysiaanimalassociation@gmail.com

Pengunjung juga dialu-alukan datang bersama keluarga berkongsi kasih sayang dengan kucing-kucing yang menghuni di di sini. Adoption bagi yang berkelayakan juga amat digalakkan :

✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Selasa hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

✅ Search Google Galeri Animal Malaysia untuk mendapatkan lokasi dan alamat penuh.

✅ Support jualan untuk membantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia

✅ Paparkan kucing untuk adoption di https://animalmalaysia.com/adopt/

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1866854723521..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.