Sebagai Seorang Pemandu Pelancong, Saban Hari Pak ..
Tweet |
Sebagai seorang pemandu pelancong, saban hari Pak Din menyusuri Sungai Muda yang indah dan tenang dengan perahu buatannya sendiri. Sungai ini ibarat nadi kepada Hutan Ulu Muda yang merupakan kawasan tadahan air terbesar di kompleks hutan ini.
Pak Din ialah salah seorang penduduk kampung berhampiran Ulu Muda yang seumur hidupnya bergantung kepada hutan ini untuk mencari rezeki. Tanpa hutan ini , maka komuniti tempatan akan hilang punca bekalan air dan mata pencarian seperti memancing, memburu madu tualang dan memandu pelancong.
Nantikan pelancaran buku mewah Permata Negeri Kedah: Hutan Ulu Muda pada 5 April 2022 dan sertai kami untuk tayangan dokumentari mini yang mengetengahkan hubungan rapat antara masyarakat tempatan dan hutan ini.
Marilah cakna tentang hutan kita yang telah banyak memberi, demi menjamin kesejahteraan alam sekitar dan manusia sejagat. 🌳🌳🌳
Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016170256414824..
Tweet |
Facebook Comments