Go

Harimau Malaya Tersasar Masuk Ladang Sawit Bukti P..

 




[ HARIMAU MALAYA TERSASAR MASUK LADANG SAWIT BUKTI PEMBALAKAN HALAL PATUT DIHENTIKAN TERUS ]

Kerajaan digesa menghentikan serta-merta pemberian lesen balak dan menamatkan pembalakan di negara ini secara menyeluruh. Jika benar kerajaan serius untuk memulihara alam sekitar dan spesis haiwan liar terancam seperti Harimau Malaya yang dicatatkan berbaki kurang 100 ekor diseluruh negara.

Setelah 67 tahun kemerdekaan dan menarah hutan untuk pelbagai tujuan atas alasan ekonomi. Sudah tiba masanya negara ini menukar kaedah perekonomian yang tidak melibatkan pembalakan memandangkan ianya terbukti bukan perekonomian jangka panjang serta hanya menguntungkan satu pihak dan juga mengundang bala bencana seperti yang kerap berlaku kini.

Pemimpin harus mencontohi negara yang tidak bergantung kepada sumber hutan dan menggunakan kekuatan sumber daya lain seperti pelabuhan, perdagangan dan menguruskan hasil bumi yang sedia ada seperti petroleum sebaik mungkin untuk mengelakkan kemusnahan alam semula jadi dengan lebih teruk.

Kemunculan Harimau Malaya di merata tempat kebelakangan ini mempamerkan negara kekurangan kawasan hutan sebagai habitat untuk kehidupan haiwan liar. Paling menyedihkan di pihak Perhilitan sibuk memulihara spesis terancam seperti Harimau Malaya manakala di pihak Jabatan yang sepatutnya menguruskan dan melindungi hutan dan kerajaan negeri pula sibuk meluluskan lesen membalak bagi menghalalkan perbuatan merosakkan negara dan mengundang bencana kepada rakyat di negara ini.

Insiden Harimau Malaya tersasar seperti dilaporkan di Felda Kerteh, Paka Terengganu hari ini tidak boleh dibiarkan terus berlaku.

Kongsikan kes jenayah haiwan ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit Galeri Animal Malaysia www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

Arie Dwi Andika

Presiden

Persatuan Haiwan Malaysia

16 Mac 2022 @ Kuala Lumpur

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1750369588503..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.