Go

Pukul Anak Anjing Peliharaan. Pemilik Harus Didakw..

 



[ PUKUL ANAK ANJING PELIHARAAN. PEMILIK HARUS DIDAKWA ]

Kes : Memukul Anak Anjing Peliharaan

Kategori Dakwaan : Kezaliman Haiwan – Penderaan Pukul

Jenis Haiwan : Anjing

Lokasi : Seremban 2

Tarikh Aduan : 30/11/2021

No. Aduan : MAA/11-28/0265-2021

Ringkasan Aduan :

Pengdu mendakwa jiran kerap memukul anak-anak anjing peliharaannya. Videi dilampirkan adalah kejadian kali ketiga dan teguran demi teguran dibuat oleh pengadu supaya pemilik menghentikan perbuatan kerap memukul namun pemilik masih berdegil dan teguran tidak diendahkan.

Kronologi Kes (Seperti aduan pengadu ) :

Wanita dalam video ini memukul anak anjing sampai tangisan anak anjing terdengar di seluruh taman. Informant (Jiran) sudah menasihatkan beberapa kali sebelum terpaksa mengambil video untuk membuat aduan. Sebelum insiden semalam ini, jiran/informan pernah menasihatkan suami isteri ini agar bersabar terhadap anak anjing, tetapi isteri ini memukul anak anjing lebih kuat tanpa mempedulikan jiran, mereka juga mengikat anjing dekat pagar beberapa hari biarpun cuacanya buruk, anak anjing tetap diikat di pagar tiap hari hujan atau matahari terik dari 1/11/2021 sampai 6/11/2021. Kami juga ada foto sebagai bukti. Pada hari 1/11/2021, Jiran pernah tengok isteri menyepak anak anjing, anak anjing cuba berkali-kali untuk melarikan diri. Amat berharap pihak tuan dan puan akan memberi panduan dan pertolongan untuk menyelamatkan dua anjing dari suami isteri ini.

Tindakan MyAct :

Aduan telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa haiwan di Putrajaya. Maklum balas diterima untuk tindakan penguatkuasaan dan siasatan kes. Hasil kes bergantung kekukuhan bukti penderaan untuk tujuan pendakwaan.

- Tamat -

Bersama banteras jenayah haiwan. Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk kemaskini aktiviri haiwan.

Butiran peribadi pengadu adalah rahsia.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/13..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.