Perhilitan Perlu Siasat Mengapa Masih Berlaku Kema..
Tweet |
[ PERHILITAN PERLU SIASAT MENGAPA MASIH BERLAKU KEMATIAN KERA DAN MONYET DALAM SANGKAR PERANGKAP ]
Kaedah tangkap bersangkar kera dan monyet adalah kaedah yang terbaik walau pun sistem tangkapan ini mengambil masa dan kurang cepat menyelesaikan masalah kacau ganggu monyet dan kera. Ia merupakan kaedah yang dialu-alukan.
Namun kaedah ini perlu tindakan relokasi segera apabila mendapati terdapat monyet yang masuk ke dalam sangkar perangkap. Ini untuk mengelakkan monyet atau kera yng terperangkap dalam ssngkar dan terkurung berhari-hari mati atas beberapa faktor :
1. Kebuluran
2. Stress dan ketakutan
3. Dianiaya secara racun atau faktor yang boleh menyebabkan kematian dilakukan oleh orang luar.
4. Cedera kerana meronta keluar
Animal Malaysia mohon pihak berkuasa Jabatan Perhilitan sentiasa pantau tindakan memerangkap kera dan monyet dan beri panduan khidmat tunjuk ajar kepada pihak persendirian supaya dapat mengurangkan risiko kezaliman haiwan liar.
Sangkar perangkap milik Persatuan Penduduk Laguna Merbok ini merupakan kaedah berperikemanusiaan dalam menangani masalah kacau ganggu kera dan monyet. Namun faktor dinyatakan di atas perlu difikirkan dan dititikberatkan supaya kebajikan monyet dan kera dapat dipelihara sebelum mereka dipindahkan ke mana-mana kawasan habitat.
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1574496839424..
Tweet |
Facebook Comments