Masyarakat Miri Menangis. Kematian Anjing Xiao Bai..
Tweet |
Kehidupan seekor anjing Komuniti yang gembira dan bebas bersama masyarakat Miri berakhir dengan kematian menyayat hati. Anjing komuniti yang menjadi simbol kasih sayang seluruh masyarakat pencinta haiwan bandar Miri ini didakwa mati akibat ditembak Tranquilizer tanpa sebab oleh pihak Majlis Bandaraya Miri semalam.
Anjing Komuniti diberi nama Xiao Bai oleh masyarakat setempat adalah seekor anjing jinak dan manja. Selama ini Xiao Bai hidup gembira menerima jatah dan makanan oleh pemilik-pemilik restoran yang sama-sama menghidupkan dan mengambil berat terhadap anjing jinak ini.
Insiden disifatkan zalim ini amat memberi kesan kepada masyarakat Pencinta Haiwan di Miri.
Animal Malaysia telah mengemukakan Surat Bantahan dan Inkuiri terhadap perbuatan pihak Majlis Perbandaran Miri untuk mengetahui mengapakah PBT ini bermusuhan dengan anjing Komuniti bernama Xiao Bai hingga didakwa masyarakat di Miri sanggup membunuh nyawa dengan seekor anjing jinak yang dikasihi seluruh penduduk Bandar Miri.
Insiden ini tidak sepatutnya berlaku dalam era kemodenan dan semangat kemanusiaan yang dilaungkan kerajaan melalui Dasar Kebajikan Haiwan Negara.
Bersama kita menunggu tunjuk sebab dan jawapan pihak Majlis Bandaraya Miri.
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1544271629113..
Tweet |
Facebook Comments