Pelihara Kucing Dalam Sangkar Dipenuhi Taik Bukan ..
Tweet |
Pelihara kucing dalam sangkar dipenuhi taik bukan satu kebaikan untuk kucing tersebut. Ramai penduduk di Kampung Batu 8, Jalan Gombak, Gombak Seangor kini keluh kesah bukan sahaja merungut tentang bau busuk dari rumah seorang pemilik kucing. Malah bimbang kesihatan dan keselamatan kebanyakan kucing yang dipeliharanya.
Penduduk faham tentang kerja sukarela pemilik kucing ini yang menyimpan kucing-kucing dikutip dan diselamatkannya. Tetapi kebajikan kucing dari sudut keselesaan tidak dijaga rapi.
Penduduk mendakwa Kucing bukan sahaja berkurung dalam sangkar bersaiz kecil setiap masa. Malah keadaan sangkar tidak dibersihkan. Apatah lagi sangkar hanya terbiar diluar rumah terdedah kesejukan malam, tempias hujan dan kepanasan haba matahari.
Lebih malang lagi penduduk terpaksa hidu bau tahi kucing yang mengering setiap hari. “Ini bukan bantu. Tapi ini seksa.” Kata seorang penduduk yang tampil mengadu.
Animal Malaysia mahukan pihak berkuasa ambil tindakan menyita kucing-kucing ini dan serahkan kepada mana-mana pihak yang mahu mengambil tanggungjawab menguruskannya. Penguatkuasaan Peraturan mengenai Pengabaian dianggap tidak akan mengajar dan mendidik pemilik. Pemilik begini tidak layak memiliki haiwan peiharaan atau menjadi rescuer sekali pun. Dia harus dikekang daripada mengendalikan haiwan.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/4514711260207..
Tweet |
Facebook Comments