Perbadanan Putrajaya Mahu Menambah Baik Pengurusan..
Tweet |
Perbadanan Putrajaya mahu menambah baik pengurusan haiwan jalanan di kawasan pentadbiran Putrajaya. Itulah hasrat yang dinyatakan oleh Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya.
Mesyuarat Pengurusan Haiwan Jalanan anjuran Perbadanan Putrajaya melibatkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan (DVSWP) dan Animal Malaysia pada hari Rabu 16 Disember 2020 membincangkan mengenai kaedah pengurusan kucing jalanan yang sering menjadi konflik kacau ganggu dan aduan penduduk di kawasan Putrajaya.
Turut bersama dalam mesyurat ini ialah Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika dan dua wakil Exco Animal Malaysia serta Pengarah DVS-WP Dr. Norsuhanna binti Mohd Mokhtar.
Justeru Animal Malaysia berbangga kerana Perbadanan Putrajaya menjadi badan pengurusan yang serius ke arah menyatakan hasrat dan menzahirkan kemanusiaan terhadap cara menangani kacau ganggu kucing jalanan. Ia sebagai memberikan keadilan dan peluang kehidupan lebih baik kepada kucing jalanan melalui sistem Trap – Neuter – Rehome (TNR).
Semoga hasrat Perbadanan Putrajaya membantu kucing jalanan berjaya dan Animal Malaysia menyokong hasrat murni ini.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments