Go

Operasi Tangkapan Anjing Tidak Ber S.o.p

 



Rakyat Malaysia faham ianya tugas. Malaysia faham kalau ada gangguan anjing yang mengancam nyawa. Malaysia faham alasan penyakit Rabies sering jadi senjata dan alasan. Malaysia faham ada anjing yang nakal dan ganas.

Yang Rakyat Malaysia tak faham anjing ditangkap sewenang-wenangnya walau ada yang telah dimandulkan. Ada yang jinak. Ada yang tidak berpenyakit. Ada yang baik. Ada yang membantu jaga kawasan penduduk. Semua dibuat pukul rata.

Paling Malaysia tidak faham ialah seringkali S.O.P tangkapan anjing diperkotak katikkan. Kaedah jerutan, seret dan lempar anjing tidak mengikut spesifikasi tangkapan dan jelas menyalahi peraturan dan undang-undang yang di garis panduankan oleh PBT sendiri. Ibarat kata sendiri bikin undang-undang dan peraturan. Sendiri yang langgar. Sendiri juga yang kata rakyat Malaysia bantah itu ini.

Paling tidak faham. Mengapa keadaan begini dan perseteruan ini berpanjangan dari zaman kemerdekaan hingga zaman milennium membawa ke Wawasan 2020. Kaedahnya tetap sama walau pejabat makin indah dihiasi mengikut zaman.

Sumber : Operasi tangkapan anjing oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai Utara (SPU) yang dimaklumkan Netizen.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/1088435661583..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.