Pengganas Pembunuh Anjing Jasin Berdepan Pertuduha..
Tweet | ![]() |
PENGGANAS PEMBUNUH ANJING JASIN BERDEPAN PERTUDUHAN DI MAHKAMAH JASIN MELAKA PAGI INI.
Pengganas pembunuh anjing di Taman Maju, Jasin Melaka akan dituduh di Mahkamah Jasin, Melaka pagi ini. Pertuduhan akan dibaca mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat terhadap haiwan yang bakal merangkul hukuman penjara maksimum 3 tahun, denda dan penjara. Selain itu pengganas haiwan berbangsa India ini juga berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh premis.
Pertuduhan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dikekalkan dan bukan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 adalah atas arahan Pejabat Pendakwa Raya Negeri Melaka memandangkan ia dibaca bersama Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
Perkara berhubung sebutan kes dan pendakwaan pagi ini disahkan oleh pegawai penyiasat yang menguruskan kes keganasan haiwan paling zalim tahun ini.
Semoga keadilan dapat dicapai untuk sang anjing!
Rujuk Video pelakuan :
https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1409470569260139/?d=n
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments