Inilah Bakal Peneraju Utama Persatuan Haiwan Malay..
Tweet |
Inilah bakal peneraju utama Persatuan Haiwan Malaysia yang baharu yang akan menggantikan Presiden Animal Malaysia sekarang. Saudara Syahrul Syazwan Ahmad merupakan individu yang disebut-sebut dalam Jawatankuasa Induk untuk meneruskan kepimpinan Animal Malaysia selepas Presiden Arie Dwi Andika menyatakan hasrat mehu berundur dan bersara daripada menguruskan persatuan yang banyak memperjuangkan hak haiwan di negara ini.
Berlatar belakangkan pendidikan di universiti dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Pemuda asal Rawang Selangor berusia 31 tahun ini dikenal pasti sebagai individu yang berprinsip tinggi dan mempunyai disiplin serta ketegasan. Ia memenuhi kriteria sebagai pucuk pimpinan yang sedia ada sekarang.
Saudara Syahrul Syazwan Ahmad berpengalaman dan menerima didikan langsung Presiden mengenai pengendalian isu dan kes haiwan semenjak tahun 2012 menjadikan beliau mempunyai banyak pengalaman dalam risikan jenayah haiwan dan terbukti membantu Animal Malaysia merungkai beberapa kes jenayah haiwan hingga tertangkapnya pelaku dan berjaya dijatuhi hukuman penjara.
Sudah pastinya seluruh Jawatankuasa Induk, Exco dan Ketua-Ketua Negeri Animal Malaysia menghargai kesudian Saudara Syahrul Syazwan untuk menerajui kepimpinan Animal Malaysia.
Animal Malaysia tetap berpendirian menjadi sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan kerja pembelaan (Advocacy) hak dan nasib haiwan daripada ditindas, dianiaya dan dizalimi.
Animal Malaysia berharap terus mendapat sokongan dan dokongan daripada pelbagai pihak dengan peralihan tampuk kepimpinan ini nanti dan berharap supaya Ianya berjalan dengan baik dan lancar.
Bahagian Media & Komunikasi
Jawatankuasa Induk
Persatuan Haiwan Malaysia
1 September 2020 @ Kuala Lumpur
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments