Inilah Panah Yang Berpicu Yang Disalah Guna Oleh P..
Tweet |
Inilah panah yang berpicu yang disalah guna oleh pemanah untuk menzalimi monyet dan biawak di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur. Maklumat ini berdasarkan busur panah jenis Crossbow yang perlukan Lesen untuk memiliki dan menggunakannya. Apatah lagi jika mahu memburu spesis haiwan liar seperti monyet dan biawak perlukan Lesen Memburu PERHILITAN.
Pelaku kini diburu :
https://sinarplus.sinarharian.com.my/uncategorized/kekejaman-manusia-terhadap-haiwan/
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/613651/rm5000-hadiah-tangkap-pemanah-monyet-biawak
Memang menjadi dasar dan objektif Animal Malaysia untuk memburu pengganas penjenayah haiwan dan memastikan pengganas haiwan dihumban ke penjara. Animal Malaysia sentiasa berharap pihak dua badan haiwan yang berkuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serius dalam menangani kes Jenayah Kezaliman Haiwan di negara ini.
Dakwaan mempertahankan diri daripda serangan hidupan liar juga dibolehkan namun pembunuhan tidak melampaui batas hingga menggambarkan kezaliman dan penganiayaan seperti melapah kulit, memotong anggota dan mengambil organ dalaman kerana perbuatan itu bukan bercirikan mempertahankan diri daripada serangan haiwan liar tetapi lebih berbentuk pemburuan haram. Pembunuhan haiwan liar perlu dilaporkan kepada PERHILITAN untuk menjustifikasi cara dan kaedah pemburuan. Bukan sewenangnya meninggalkan haiwan yang dibunuh begitu sahaja.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments