Go

Pembunuh Anjing Dan Penetak Anjing Bernama Amir Ab..

 




Pembunuh anjing dan penetak anjing bernama Amir Abd Salim bin Meor Lope berumur 52 tahun hari ini didakwa dan didapati bersalah di Mahkamah Kuala Lumpur. Pengganas haiwan ini dituduh kerana membunuh seekor anjing dengan cara memberi makan racun tikus. Manakala menetak serta mencederakan seekor lagi anjing hingga cedera parah. Kejadian berlaku di sebuah bengkel tidak bernombor Jalan Miri Taman Beringin, Jinjang Kuala Lumpur pada 4-5 Januari 2019.

Untuk rekod pesalah ini telah lama membunuh banyak anjing lain dengan cara yang sama iaitu meracun dan menetak anjing-anjing jalanan dengan parang yang didakwa mengancam ayam ternakannya di kawasan terbiar lombong Taman Wahyu 2, Jinjang Kuala Lumpur.

Dia Dituduh di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 29 (1)(e) dan pertuduhan pilihan Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953

Hukuman yang dijatuhkan adalah denda RM7,000.00 atau 4 bulan penjara jika gagal bayar denda.

Pelaku seperti dalam gambar yang memakai topi berjaket kelabu.

Tahniah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan (DVSKL) atas kejayaan mengheret dan menghukum pengganas haiwan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.