Go

Kedua-Dua Perlakuan Ini Tetap Zalim. Perbuatan Ini..

 




Kedua-dua perlakuan ini tetap zalim. Perbuatan ini mengundang kecederaan serius terhadap anjing. Sama ada anjing mati dengan putus urat leher ketika jerutan dan seretan atau cedera parah koyak kulit akibat seretan.

Gambar menununjukkan satu perbuatan adalah dilakukan oleh kakitangan sebuah PBT dan satu lagi perbuatan dilakukan orang awam. Perlakuan yang sama namun perjalanan undang-undangnya berbeza dan DOUBLE STANDARD.

Kakitangan PBT yang tidak ikut S.O.P penangkapan anjing menyeret dengan sengaja anak anjing dari tempat tangkapan ke kandang di lori dengan jarak yang jauh ketika tangkapan tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang dan kebal di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Tidak juga dikenakan tindakan tatatertib akibat tidak patuhi S.O.P tangkapan dengan kaedah kemanusiaan. Buat kerja ikut suka tanpa ada disiplin.

Penjenayah kes seret anak anjing di Kota Bharu Kelantan pada 26 April 2020 lalu pula telah dijatuhkan hukuman Denda sebanyak RM25,000.00 atau penjara 4 bulan atas kesalahan mendatangkan cedera kepada anjing. Pelaku zalim ini bernama Ibrahim Hamat berusia 51 tahun melakukan kezaliman dengan sengaja dan hanya melepaskan anak anjing setelah menerima bayaran daripada penyelamat.

Tidakkah ini adil untuk hak anjing sebagai haiwan yang berada dalam sebuah negara yang mempunyai Dasar Kebajikan Haiwan Negara?

Laporan penuh di Akhbar Sinar Harian :👉

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/86692

Rujuk Pos kejadian : 👉

https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1247078738832657/

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.