Binturong Arctictis Binturong Yang Telah Diselamat..
Tweet | ![]() |
Binturong (Arctictis Binturong) yang telah diselamatkan sewaktu kecil akibat kehilangan ibu oleh Datuk Abdul Hadi Md Zam telah pun menjalani proses penyerahan kepada pihak PERHILITAN melalui Ketua Pengarah Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim untuk tindakan PERHILITAN sesuai dengan kehendak undang-undang.
Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika turut bersama dalam mengaturkan penyerahan. Binturong serta merta dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai Perak untuk pemeriksaan, pemulihan dan seterusnya akan dilepaskan ke habitat yang dikenal pasti memiliki koloni Binturong.
Mana-mana individu yang ada menyelamat haiwan liar terutama tergolong dalam Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 adalah digalakkan menghubungi PERHILITAN untuk proses pemuliharaan dan mengembalikan kehidupan sang haiwan liar.
Memiliki haiwan liar tanpa lesen dan Permit Khas merupakan jenayah berat dan boleh didenda minimum RM50,000 hingga RM500,000.00 dan penjara hingga 5 tahun.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments