Updates On 7th Apr 2020
Tweet |
KENYATAAN MEDIA
HAIWAN KESAYANGAN (ANJING DAN KUCING) BUKAN PENYEBAR VIRUS COVID-19 KEPADA MANUSIA.
1. Kenyataan media ini disediakan bertujuan memberi penjelasan kepada umum berhubung laporan media pada 6 April 2020 yang menyebut supaya menjauhi daripada haiwan kesayangan kerana ditakuti mendapat penyakit Covid-19 ekoran pengesanan positif virus tersebut pada anjing dan kucing.
2. Masyarakat tidak perlu gusar dan khuatir kerana haiwan kesayangan bukan penyebar virus Covid-19. Buat masa ini, pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ujian pengesanan virus Covid-19 pada haiwan kesayangan mereka.
3. Berasaskan penemuan saintifik semasa, walaupun haiwan kesayangan boleh dijangkiti dengan virus Covid-19, namun ia tidak merbahaya kerana virus ini hanya menyebabkan jangkitan yang ringan pada haiwan tersebut. Virus yang ada pada haiwan berada dalam jumlah yang rendah untuk disebarkan kepada manusia.
Berikut adalah petikan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) pada April 2020;
“The Veterinary Services of the Hong Kong Special Administrative Region of the People’s Republic of China reported to OIE evidence that two dogs have been infected with the COVID-19 virus following close exposure to owners who were sick with COVID-19. The test, conducted by real time PCR, showed the presence of genetic material from the COVID-19 virus. However, the dog was not showing any clinical signs of the disease.
There is no evidence that dogs play a role in the spread of this human disease or that they become sick. Further studies are underway to understand if and how different animals could be affected by COVID-19 virus. The OIE will continue to provide updates as new information becomes available”.
4. Walaupun kejadian jangkitan Covid-19 pada manusia amat tinggi namun kes di dalam haiwan kesayangan adalah terpencil kerana haiwan kesayangan didapati tidak boleh dijangkiti secara semulajadi. Sehingga kini, punca jangkitan pada haiwan adalah daripada manusia.
5. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia menasihatkan pemilik haiwan kesayangan yang mengesyaki dirinya terjangkit dengan Covid-19 perlulah mengasingkan diri dari haiwan kesayangan bagi mengelakkan in contact. Pemilik haiwan kesayangan perlu mengamalkan kebersihan diri dan keperluan kebajikan haiwan tidak diabaikan.
Disediakan oleh:
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
7 April 2020
Tweet |
Facebook Comments