Sewaktu Masih Kitten Dan Masih Sihat. Ditimang Dib..
Tweet |
Sewaktu masih kitten dan masih sihat. Ditimang dibelai dan dimanja. Namun apabila sudah tua, sakit dan mula tidak selincah dahulu. Pemiliknya mulai bosan. Tidak mahu berbelanja untuk kos kesihatan. Maka jalan dipilih meletakkan kucing ini dijalanan. Dengan harapan dan pemikiran kucing pandai hidup berdikari cari makan sendiri.
Inilah hasil pemilik pet lover yang hanya mahu yang indah-indah dan cantik. Tanggungjawab bukan perkara utama. Sedangkan memelihara makhluk bernyawa memerlukan komitmen bukan sekadar beri makan dan minum. Namun urusan kebajikan kasih sayang dan hak kesihatan perlu dititik beratkan.
Kucing ini berbaka Domestic Long Hair / Persian dilihat berkeliaran mencari arah tuju untuk hidup. Si Bulu Panjang ini tidak pandai ke klinik sendiri. Dia tidak akan parah begini jika dari awal pemilik bantu dari segi perubatannya. Bukannya buang dia di jalanan.
Si Bulu Panjang kini merempat di sekitar Jalan Bahagia 5, Taman Desa Damai, Cheng Melaka. Bulu Panjang makan apa yang ada di depan mata, mengais di tong sampah dan berteduh di mana-mana bumbung yang dibenarkan dia berada.
Sesiapa berdekatan kawasan ini boleh hubungi saksi Cik Vanitha ( 0137048557) yang melihat kesengsaraan Si Bulu Panjang untuk sama-sama bantu hilangkan penderitaannya dan berikan kembali kebahagiaan Si Bulu Panjang.
Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbaik kepada makhluk bernama haiwan.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #teamstrayfeeder
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments