Kucing Stray Juga Ada Naluri. Rasa Sedih, Rasa Lap..
Tweet | ![]() |
Kucing stray juga ada naluri. Rasa sedih, rasa lapar, rasa letih namun tidak pernah kelihatan putus asa.
Perjuangan hidup kucing stray berkisarkan tentang melangsungkan hidup dengan mencari makan seharian. Ibarat kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Jika nasib tidak baik. Apa yang dikais tidak membuahkan hasil. Malah meminta-minta makan pada orang ramai ada yang dihalau. Ada yang ditendang. Ada yang kena siram air panas atau minyak panas.
Spertimana manusia seperti kita. Kucing stray punya anak untuk dihidupkan. Mereka juga dikurniakan kasih untuk membesarkan anak walau penuh dengan kedukaan dan kesukaran.
Tapi malang. Hidup kucing stray sering berakhir dengan kematian. Sama ada dipukul. Didera. Disiram air panas. Dilanggar dan paling menyedihkan ditangkap pihak PBT dan dilupuskan akibat laporan manusia yang tidak boleh berkongsi alam luas ini.
Atas kesedaran ini. Animal Malaysia akan lancarkan ‘Kempen Makanan Haiwan Stray’ untuk mengajak masyarakat sama-sama turun tangan beri makan kepada stray.
Mari kita bersama berkongsi hidup dan rezeki dengan kucing stray. Kasihanilah haiwan stray!
Foto : Sumber FB
#cats #dogs #stray #animals #strayanimals #abandone #saveouranimals #saveourstray #animallaw #law #advocacy #animaladvocacy #animalmalaysia #malaysiaanimals #strayfeeding #campaign #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments