Go

Lelaki Berbangsa India Pavi Thiran Tidak Berpuas H..

 




Lelaki berbangsa India Pavi Thiran tidak berpuas hati Kucing masuk Hospital Klang. Menurutnya, kalau Anjing yang masuk ke Hospital, semua orang Melayu akan marah-marah, kecoh dan viral

Ini realiti di Malaysia. Anjing satu makhluk istimewa yang Kerajaan wujudkan Undang-undang khusus untuk keberadaan Anjing. Ia dinamakan Undang-undang Kecil Perlesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing. Satu Undang-undang yang mahukan Anjing sentiasa ada penjaga dan dijaga pergerakkannya. Undang-undang dibuat bagi menunjukkan – Dog need Master.

Kucing telah diterima zaman-berzaman dan kekotoran yang ditinggalkan Kucing – tidak lah terlalu memudaratkan. Ia berbeza jika Anjing dalam mana-mana premis yang meninggalkan Air Kencing serta Najis. Ia bukan kekotoran fizikal saja. Ia turut memberi kekotoran lain yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Kekotoran yang tak terlihat oleh mata kasar ini adalah satu kepercayaan Agama di dalam Agama Islam yang mesti dihormati oleh semua pihak. Setiap Agama, ada kepercayaannya.

Sekarang saja Anjing mula diterima setelah banyak Persatuan Haiwan diterajui orang Melayu yang muncul. Begitulah juganya wanita Melayu bertudung tidak lagi sorok-sorok menyantuni Anjing dan menyampaikan belas kasihan

Dinasihat Pavi Thiran betolkan tulisan dan tidak mencabar kelompok besar yang lebih kuat.

Negeri-negeri yang ramai majority penduduk Islam seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah – Tidak ada kes kezaliman Anjing kedengaran di Mahkamah. Laporan Kezaliman Anjing juga amat sikit di Negeri-negeri ini malah tidak kedengaran langsung.

Manakala di Perak, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan – Kaum India yang mencatat kes kezaliman haiwan dan kezaliman parah yang paling tinggi.

Pavi Thiran digesa hentikan memainkan sentimen perkauman dan salah tanggap melibatkan haiwan. Tiada perbezaan layanan antara anjing dan kucing.

Animal Malaysia sendiri sering menjadi medium memperjuangkan nasib anjing di Malaysia sehingga mendapat kecaman orang-orang Melayu namun tetap dianggap double standard oleh individu sempit akal seperti Pavi Thiran.

#dogs #cats #stopanimaldiscrimination #animals #stray #strayanimals #animallaw #law #advocacy #animaladvocacy #saveourstray #doublestandard #stopdoublestandard #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation #pavithiran

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.