Go

Anak Anjing Dikurung Di Dalam Kereta Dengan Kepana..

 




ANAK ANJING DIKURUNG DI DALAM KERETA DENGAN KEPANASAN

Animal Malaysia merakamkan ribuan terima kaseh kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Jinjang, Kuala Lumpur atas khidmat khas menyelamatkan anak anjing yang dikurung di dalam kereta dan ditinggalkan di tempat letak kereta hadapan Restoran Cina Hou Dia Pang Taman Daya, Kepong Kuala Lumpur pada 15 Mac 2020 jam 11:15:00 pagi.

Anggota Bomba berjaya membuka pintu kereta dan mengeluarkan anak anjing tersebut dalam keadaan selamat. Tidak dinafikan pasukan beruniform kini banyak membantu dalam kerja menyelamatkan haiwan walau kerja menyelamat mempunyai risiko terhadap nyawa mereka.

Masih ramai pemilik haiwan yang cuai dan tidak menumpukan tanggungjawab terhadap keselamatan dan nyawa haiwan milik sendiri.

Sekali lagi tahniah dan Syabas Bomba dan Penyelamat!

Sumber: Penyelia pasukan A,BBP Jinjang Kuala Lumpur (PBK II Johari Kamin)

#bomba #dogs #puppies #stray #animals #law #animallaw #advocacy #animaladvocacy #justice #animaljustice #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.