Go

Memerang Tidak Sesuai Dibuat Pets Apatah Lagi Dira..

 



Memerang tidak sesuai dibuat pets apatah lagi dirantai dan ditambat seperti anjing di bawah pokok.

Tindakan pemilik di Kampung Selising, Pasir Puteh Kelantan ini bakal menjadi contoh yang memudaratkan spesis Memerang. Terima kaseh PERHILITAN Kelantan atas tindakan pantas dan serbuan ke atas pemilik.

Memerang diklasifikasi sebagai haiwan terlindung dalam Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Memiliki, menyimpan, memelihara dan memburu memerang memerlukan Permit Khas Menteri.

Biarkan haiwan liar berada pada habitat asal di alam satwanya dengan kegembiraan. Jangan sekat kebebasan mereka. Haiwan liar juga punya keluarga dan kehidupan.

Orang ramai yang melihat segala aktiviti melibatkan haiwan liar diseru lapor terus kepada PERHILITAN negeri masing-masing. Kesalahan melibatkan haiwan liar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda mencapai jumlah hingga RM200,000.00 atau kedua-duanya sekali.

#animal #law #animallaw #wildlife #wild #wildanimals #advocacy #animaladvocacy #voice #animalvoice #justice #animaljustice #saveourwildlife #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/1376206452768..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.