Inilah Pemandangan Yang Paling Dikhuatiri Sejak Pe..
Tweet |
Inilah pemandangan yang paling dikhuatiri sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020.
Kedai makan dan restoran di semua R&R sepanjang lebuhraya tutup. Ketiadaan manusia dimana-mana menyebabkan haiwan jalanan seperti kucing menanti harapan meneruskan kehidupan berharap ada yang memberi mereka makan.
Animal Malaysia menyeru penglibatan peronda-peronda Lebuhraya untuk turut sama membantu memberi makan haiwan di R&R yang kini sunyi dan sepi. Sekiranya Peronda Lebuhraya perlukan bantuan makanan kucing atau anjing. Boleh hubungi Animal Malaysia untuk disalurkan bekalan makanan. Whatsapp talian +601120901097. Jika jarak jauh. Khidmat Kurier GDex akan digunakan. Namun ia akan mengambil masa untuk tiba ke destinasi.
Bersama kita memanjatkan doa kepada tuhan :
“Wahai tuhan. Kasihanilah dan maafkanlah kami manusia yang selama ini berbuat kejam kepada makhlukMU yang lemah iaitu haiwan. Hentikanlah kemarahanMU dan kembalikan kebahagiaan buat makhluk yang tidak bersalah iaitu haiwan-haiwan dimuka bumi ini. KepadaMU kami berharap”.
#animals #stray #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/1047687102280..
Tweet |
Facebook Comments