Senario Ini Berlaku Akibat Kebuluran Anjing Jalana..
Tweet |
Senario ini berlaku akibat kebuluran anjing jalanan memuncak. Fitrah anjing sebagai haiwan pemburu. Namun anjing bukan haiwan ganas. Gambaran anjing adalah ganas merupakan pahaman salah. Anjing bersifst nakal dan dan suka mengusik bergurau dengan sesiapa sahaja. Melainkan anjing berbaka yang dilatih khusus sebagai guard dog untuk tujuan perlindungan dan keselamatan.
Dalam foto ini menunjukkan kebuluran tahap maksimum sewaktu PKP. Anjing meminta makan kepada manusia hingga ramai ketakutan. Ini kerana masyarakat tidak faham karakter dan keperluan anjing.
Sekiranya berdepan situasi begini. Jangan takut dan panik. Hulurkan makanan dan letakkan di satu tempat bersih untuk dijamah anjing jalanan. Kerana itu Animal Malaysia menyarankan setiap daripada kita memiliki tong berisi makanan anjing atau kucing.
Anjing jalanan adalah haiwan yang sentiasa mengharapkan bantuan dan ehsan manusia. Ketika PKP begini. Semua masyarakat yang bukan pencinta haiwan diminta ambil peranan beri makan anjing dan kucing jalanan di kawasan kediaman berdekatan. Sekurang-kurangnya membantu krisis kebuluran haiwan jalanan. Kini semua daripada kita adalah Pemberi Makan Haiwan Jalanan (Animal Feeder).
#dvs #pbt #pdrm #animals #stray #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments