Isu Cadangan Dan Bantahan Pembinaan Shelter Anjing..
Tweet |
Isu cadangan dan bantahan pembinaan Shelter Anjing di Pokok Sena Kedah dapat perhatian Animal Malaysia. Kaedah selesai cara baik dan menang-menang ditemukan dalam pengendalian bantahan ini.
12 Februari 2020 hari Rabu. Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika bersama Abang Kucing dan Ketua Animal Malaysia Negeri Kedah Puan Sara Malik serta beberapa lagi rombongan turun ke Pokok Sena Kedah bagi melihat dan mendengar sendiri keluhan penduduk masyarakat di Pokok Sena mengenai alasan bantahan pembinaan shelter anjing yang dicadangkan sebelum ini.
Turut serta dalam pertemuan bersama penduduk Pokok Sena ialah ADUN Bukit Lada Y.B Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz. Setelah mendengar pelbagai hujah, keluhan dan alasan bantahan penduduk yang tidak setuju pembinaan shelter anjing di kawasan yang dicadangkan. Jelaslah bantahan adalah mengenai mashalahat ummah dan kekhuatiran kacau ganggu, penyakit serta masalah kebersihan disebabkan kedudukan kawasan yang sangat hampir dengan beberapa kepentingan awam lain seperti sekolah, masjid, penempatan, tanah perkuburan serta kebun.
Setelah pertemuan, lawatan kawasan dan perbincangan hampir empat jam tersebut. Rombongan Animal Malaysia ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah di Alor Seter untuk pertemuan dengan Pengarahnya Dr. Shaharul bagi berbincang dan mengajukan pandangan mengenai keluhan dan kebimbangan penduduk di Pokok Sena.
Difahamkan shelter anjing yang hendak dibina adalah bagi menyelesaikan kemelut shelter individu seorang rescuer yang diperintah pindah shelter oleh sebuah agensi kerajaan kerana menduduki tanah sejak sekian lama. Shelter ini dikatakan mempunyai kurang lebih 640 ekor anjing yang ditempatkan dalam satu-satu masa. Jumlah ini membimbangi penduduk Pokok Sena terutama hal berkaitan penyakit berjangkit.
Setelah pertemuan dan perbincangan dengan beberapa pihak. Animal Malaysia dapat maklum balas bahawa cadangan bina shelter anjing tetap diteruskan kerana keperluannya. Namun cadangan pembinaan dialihkan ke satu kawasan yang lebih sesuai dan berjauhan penempatan masyarakat ramai untuk hindar kacau ganggu dan masalah lain.
Keputusan ini dikira keputusan menang-menang dan baik untuk penduduk serta adil kepada sang anjing.
Isu ini selesai secara elok. Terima kasih penduduk Pokok Sena atas keterbukaan minda dan jiwa menerima kunjungan Persatuan Haiwan Malaysia.
Hal ini bukanlah disebabkan sentimen anti-anjing atau perkauman/keagamaan tetapi menjurus kepada ketidak sesuaian lokasi yang begitu hampir dengan penempatan awam.
Penduduk Pokok Sena menerima idea pembinaan shelter yang lebih sesuai di kawasan lain yang lebih strategik dan selesa kepada haiwan bagi menutup ruang kezaliman di penempatan awam.
Animal Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada pejabat ADUN Bukit Lada Y.B Ustaz Salim Mahmood. Pejabat Pengarah DVS Negeri Kedah yang begitu baik dan mesra Dr. Shaharul serta para penduduk Pokok Sena yang menyantuni team Animal Malaysia sepanjang urusan pemantauan tersebut.
Klik link post pertama untuk ketahui awalan isu :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1185268875013644&id=633109216896282
#anjing #pokoksena #dunbukitlada #dvs #dvskedah #dogs #animals #straydog #stray #strayanimals #saveouranimals #saveourstray #advocacy #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments