Kenderaan Animal Malaysia Berasap
Tweet |
Secara berkala kenderaan Animal Malaysia yang bawa haiwan sakit atau cedera akan dilakukan semburan fumigasi dan disinfeksi untuk elak penyakit bawaan kuman, virus dan bakteria berjangkit kepada haiwan lain yang menaiki kenderaan Animal Malaysia ini.
Masyarakat diingatkan supaya tidak mengambil mudah mengenai jangkitan penyakit bawaan haiwan. Malah ilmu mengendalikan haiwan dan pengangkutan haiwan yang membawa haiwan sakit perlu dititik beratkan demi keselamatan haiwan dan manusia.
Bukan sahaja untuk jaminan kesihatan terhadap haiwan. Manusia yang memandunya juga perlu dilindungi daripada apa-apa jangkitan penyakit bawaan haiwan (Zoonosis).
Ini merupakan amalan S.O.P dalam pengurusan pengangkutan dan Animal Malaysia amat menitik beratkan perihal kesihatan dan kebersihan sama ada haiwan atau manusia.
Lihat bagaimana proses kerja fumigasi dan disinfeksi dilakukan terhadap kenderaan Animal Malaysia. Masa yang diambil untuk kerja ini sekitar satu jam lima belas minit.
#animaltransport #animalmalaysia #malaysiaanimal #malaysiaanimalassociation #pettaxi #animaltaxi #disinfectant #fumigation #virus #germs #bacteria #infection
https://m.youtube.com/watch?v=aQE3rHx36Yo&feature=share
Menjadi amalan Animal Malaysia melakukan kerja nyah kuman, bakteria dan virus (disinfectant) selepas membawa haiwan berpenyakit dalam kenderaan ini. Demi men…
Source: https://m.youtube.com/watch?v=aQE3rHx36Yo&feature=share
Tweet |
Facebook Comments