Kematian Seekor Tapir Akibat Kemalangan Di Batu 21..
Tweet |
Kematian seekor Tapir akibat kemalangan di Batu 21 Jalan Mersing, Johor adalah satu kehilangan besar haiwan liar di Malaysia.
Orang ramai dinasihati tidak mengganggu bangkai Tapir dengan melapah, memotong, mengorek atau mengambil mana-mana bahagian anggota Tapir. Hubungi pihak Jabatan Perhilitan Negeri Johor untuk datang mengutip bangkai Tapir.
Pemandu kenderaan yang melalui jalan yang dikenal pasti sebagai habitat haiwan liar diminta supaya tidak memandu secara laju dan berhati-hati supaya kemalangan maut begini dapat dielakkan.
Haiwan liar Tapir merupakan haiwan yang tersenarai dalam Jadual Ke-2 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Memiliki Tapir atau mana-mana bahagiannya memerlukan Permit Khas Kelulusan Menteri.
#tapir #wildlife #endangered #wildanimals #wild #animals #saveourwildlife #saveouranimals #perhilitan #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments