Go

Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika Bersama A..

 




Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika bersama Abang Kucing di Mahkamah Selayang pagi ini bagi ikuti kes seorang lelaki Melayu bernama Yahya yang memukul (2) anak Anjing di Gombak pada 1 Ogos 2019 lalu . Kelihatan di gambar adalah – Encik Roslan bin Mohd Isa, Pegawai Penguatkuasa DVS Negeri Selangor (PO) yang mewakili Kerajaan Negeri lawan pemukul anak anjing bernama Yahya.

Rujuk :

https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2019/08/02/report-lodged-after-video-circulates-of-man-killing-puppies

Keputusan hari ini – Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor menerima representasi Peguambela Yahya untuk meminda Pertuduhan asal yang berat (Seksyen 29, Akta Kebajikan Haiwan 2015) kepada pertuduhan yang lebih ringan iaitu Seksyen 44, Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013). Yang menjadikan hukuman asal berat kepada hukuman yang lebih ringat dan memihak Yahya. Dengan syarat, Yahya mengaku bersalah. Yahya bersetuju dengan tawaran itu dan dia telah mengaku bersalah dalam perbicaraan.

Tarikh 28 Feb 2020 (Jumaat) depan adalah – tarikh Hakim membacakan bentuk hukuman yang akan dikenakan terhadap Yahya.

Animal Malaysia tiada pilihan menerima tawar menawar antara Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor dan Peguambela. Ini kerana mereka yang berkuasa dan ia dibenarkan oleh Undang-undang.

Animal Malaysia dan seluruh warga pencinta haiwan tidak gembira. Mengguna Akta lama terhadap kekejaman Anjing adalah langkah mundur, terkebelakang dan tidak adil kepada (2) Lelaki India yang dihukum mengguna Seksyen 29, Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dalam kes Kucing Dobi.

#solidaritipuppiesgombak #anjinggombak #puppiesgombak #puppies #dogs #stray #animals #saveourstray #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.