Go

Insiden Tangkapan Beruk Dan Dakwaan Berlaku Pengab..

 




Insiden tangkapan beruk dan dakwaan berlaku pengabaian selama seminggu hingga keadaan perangkap berup kotor dan beruk kelaparan berhujan berpanas tanpa pemantauan di Balok, Kuantan Pahang.

Hari ini PERHILITAN Pahang mengambil langkah menyelesaikan konflik yang mengundang kemarahan warga Malaysia.

Animal Malaysia ucapkan terima kaseh kepada PERHILITAN Pahang atas usaha menyelesaikan kemelut ini. Diharapkan insiden demikian yang memperlihatkan sikap acuh tidak acuh pihak berkuasa terhadap kebajikan haiwan dalam menjalankan tugas konflik haiwan – manusia tidak berulang lagi.

Animal Malaysia akan tetap terus bersuara lantang segala kecurangan mana-mana pihak bergaji yang bertanggungjawab terhadap urusan haiwan di negara ini.

Semoga pihak berkuasa PBT seluruh negara dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap haiwan liar dan haiwan domestik lebih peka kepada amanah terhadap haiwan sewaktu pengendaliannya.

Animal Malaysia sebagai NGO dan badan bebas akan pastikan semua pihak yang ada kuasa lakukan tugas mengendali haiwan menjalankan kerja dengan telus, amanah, beretika dan penuh tanggungjawab serta dedikasi.

Animal Malaysia akan tetap berhubung rapat dengan Suruhanjaya Integriti dalam negara dan antarabangsa bagi mengimbangi kerja pihak berkuasa supaya mereka yang diamanahkan menjalankan tugas melakukan dengan baik dan profesional.

Malaysia ada banyak Akta melindungi hak haiwan antaranya ialah :

1. Akta Kebajikan Haiwan 2015 – Haiwan Domestik

2. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 – Haiwan Liar

Jadi jangan buat suka hati anda!

#saveouranimals #saveourwildlife #saveourstray #animals #strayanimals #wildanimals #wildlifeanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation #malaysiaanimals

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.