Go

Apabila Diamati. Anjing Jalanan Juga Perlu Tempat ..

 




Apabila diamati. Anjing jalanan juga perlu tempat selesa berteduh. Ada bumbung dan beralas. Maka pilihan anjing-anjing ini di Perhentian Bas dan Teksi.

Presiden Arie Dwi Andika membuat tinjauan di kawasan kediaman di sekitar Solaris dan Mont Kiara. Ternyata banyak anjing terbiar tanpa tuan yang menanti nasib sama ada dibunuh secara racun, dipukul mahu pun diancam tangkapan untuk mematikannya oleh PBT kelak atas alasan kacau ganggu dan ancaman keselamatan penduduk.

Namun kehadiran anjing-anjing ini asalnya adalah peliharaan pemaju-pemaju perumahan yang meletakkan anjing sebagai penjaga tapak binaan. Apabila projek binaan selesai siap. Maka pemaju tidak lagi berada di situ. Anjing dibiar berkeliaran terabai tidak tahu kemana tanpa jaminan tempat tinggal dan makan minum.

Begitu juga berlaku di kawasan-kawasan industri dan kilang. Nasib anjing ini berakhir sebagai anjing jalanan dan berkesudahan dengan kematian tragis oleh penduduk sekeliling.

Sudah tiba masanya undang-undang pemilikan memelihara anjing sebagai guard dog di kawasan pembinaan dan perindustrian diperketat dan diperkuatkuasakan supaya insiden lambakan populasi anjing dapat diatasi seterusnya mengekang perbuatan zalim terhadap anjing akibat kacau ganggu.

Pastikan memelihara anjing untuk tujuan jaga kawasan pembinaan dan perindustrian mendapat kebenaran khas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia agar anjing tidak berakhir di jalanan dan menjadi mangsa bunuh, racun, pukulan dan kemalangan ngeri.

Hal ini dapat menyelamatkan kejadian serangan anjing seperti yang pernah berlaku di Port Dickson Negeri Sembilan dan Sabah baru-baru ini.

Arie Dwi Andika

Presiden

Animal Malaysia

15 Disember 2019

2.30 PM

#dogs #stray #straydogs #animals #strayanimals #animalmalaysia #malaysiaanimals #saveourdogs #saveourstray #saveouranimals #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.