Sikap Pemilik Anjing Tidak Bertanggungjawab Begini..
Tweet | ![]() |
Sikap pemilik anjing tidak bertanggungjawab begini membuka ruang kezaliman. Sebaiknya pemilik bodoh seperti ini dilarang terus daripada memelihara haiwan. Kebajikan dan hak anjing terabai. Malah ianya adalah penyeksaan berjadual terhadap anjing.
Memelihara binatang seperti anjing tanpa rumah anjing yang sesuai, selamat dan selesa. Rantai tambat anjing yang terlalu pendek hingga sukar anjing bergerak. Terbiar kesejukan berhujan atau kepanasan bawah terikan matahari malah tiada bekas makan minum yang perlu secukupnya berada di sekeliling tempat anjing merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Animal Malaysia menyarankan agar PBT menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing masing-masing dengan mensyaratkan peraturan-peraturan seperti berikut untuk mendisiplinkan pemilik anjing yang berisiko menyakiti anjing sebelum meluluskan pemberian lesen memelihara anjing.
Peraturan dicadangkan seperti berikut sebelum lesen dan kebenaran memelihara anjing diberikan kepada pemilik :
1. Menyediakan rumah kurungan anjing dengan saiz sesuai supaya membolehkan anjing bergerak bebas dan memiliki hak mundar-mandir;
2. Kewajipan vaksin mengawal penyakit berjangkit;
3. Kewajipan pemandulan untuk mengawal populasi supaya masalah lambakan anjing jalanan tidak berterusan;
4. Perakuan kesihatan veterinar tahunan bagi memastikan nasib kesihatan anjing berada pada tahap yang baik dan mengelakkan pengabaian aspek kesihatan veterinar yang diperlukan anjing.
Pemilik anjing ini harus diheret ke mahkamah dan didakwa bagi memberi pengajaran kepada pemilik anjing yang lain.
Lokasi : Ulu Tiram, Johor
#dogs #animals #pets #saveourdogs #saveouranimals #saveourpets #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments