Buat Anak Jalanan. Kasihan Kau Wahai Anak Kau Juga..
Tweet |
Kasihan kau wahai anak! Kau juga dicipta tuhan sama seperti yang lain. Kau berhak dibantu. Kau berhak nikmati hidup bahagia. Kau juga rasa takut, lapar dan sakit.
Namun kau amat malang. Kau terlahir kedunia yang kejam. Kau lahir dinegara ada Akta Kebajikan Haiwan. Kau ditakdirkan hidup dalam negara menggembar-gemburkan perihal kebajikan haiwan. Namun kau bakal berakhir dengan tangkapan dan dibawa ke satu tempat yang akhirnya kau dimatikan. Kerana alasannya kau ganggu manusia. Kau busuk. Kau menyusahkan. Sedangkan kau cuma tumpang sudut ruang sedikit sahaja dalam dunia yang kau kongsi bersama manusia.
Kerana apa jadi begitu? Kerana kau tidak memberi mereka wang. Kau tidak datang buat keuntungan kepada mereka. Kau dianggap beban untuk negara. Sedangkan tuhan kata tiada satu pun ciptaanNYA yang sia-sia.
Apalah daya NGO yang ada untuk bantu kau. Kuasa pada mereka. Wang ringgit mereka kutip dan belanjakan. Undang-undang milik mereka. Usaha NGO amat terhad. Namun ada petualang bodoh akan berkata mengapa NGO tidak kutip semua. Kalau benar NGO pencinta haiwan dan memperjuangkan nasib kau?
Mereka itu lebih gemar bayar gaji kakitangan mahal-mahal. Mereka itu lebih gemar belanjakan wang untuk bunuh kau berbanding gunakan wang rakyat untuk usaha cari jalan bantu beri kehidupan buat kau. Sebenarnya mereka bukan tak mampu. Mereka tu ada kuasa, peruntukkan dan perundangan tapi mereka dungu, malas, bodoh dan hanya mahu senang buat kerja.
Tak apalah nak. Kau minta dengan tuhan agar mereka yang naya dan zalim pada kau mendapat nasib seperti kau!
Kami NGO usaha yang termampu. Namun kami tidak mahu mengalah untuk bersuara buatmu nak. Doakan kami dan kami mendoakan keselamatanmu dari kejauhan….
Yang benar
ANIMAL MALAYSIA
#cats #straycats #stray #strayanimals #stopanimalcruelty #cruelty #animalcruelty #saveourstray #saveourcats #saveouranimals #animals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments