Kenyataan Media Keberadaan Dan Nasib Anjing Bruno ..
Tweet |
KENYATAAN MEDIA KEBERADAAN DAN NASIB ANJING BRUNO SELEPAS KELUAR DARI PUSAT KURUNGAN HAIWAN MPSJ
Animal Malaysia minta rescuer persendirian supaya tidak cari makan melalui kehidupan haiwan dan tidak mempergunakan isu nasib Anjing Bruno sebagai alat memperbodohkan dan meraih kepercayaan masyarakat pencinta haiwan.
Untuk rekod. Anjing Bruno sekarang memiliki nasib lebih baik daripada sebelum kejadian kekecohan di Subang Jaya dahulu. Individu pengasuh Anjing Bruno bernama Sky Koh adalah Exco Animal Malaysia – Head of State Putrajaya. Beliau adalah individu yang mengambil berat terhadap hidup Bruno sebelum insiden tangkapan Bruno. Mr. Sky Koh juga tetap mengambil berat hidup Bruno selepas dikeluarkan dari Pound MPSJ tempohari. Bruno berada dalam keadaan sihat dan selamat di pusat haiwan milik sebuah NGO di Puchong Selangor. Manakala Mr. Sky Koh kini bertarung di mahkamah melawan MPSJ dan menuntut keadilan buat Anjing Bruno.
Kenyataan tidak bertanggungjawab individu begini mengelirukan masyarakat pencinta haiwan dan merosakkan nama baik fosterer Bruno yang dari awal berjuang dan berhabisan demi nyawa Bruno.
Gambar terkini Anjing Bruno dan kenyataan media barisan peguam kes Anjing Bruno juga disertakan.
Hentikan menjadi juara dengan menumpang populariti Anjing Bruno!
SKY KOH
Exco – Head of State Putrajaya
Persatuan Haiwan Malaysia
b.p. Presiden
#dog #bruno #anjingbruno #straydog #strayanimal #stray #saveourstray #justiceforbruno #animalsstray #animals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments