Go

Malaysia Mencatatkan Banyak Serangan Haiwan Liar D..

 




Malaysia mencatatkan banyak serangan haiwan liar dan haiwan ganas. Antaranya Harimau Malaya liar pemangsa menyebabkan kematian banyak nyawa.

Antaranya kisah seekor Harimau Malaya diberi nama Scarface yang telah menyerang 5 mangsa dimana 4 daripadanya mati dalam keadaan ngeri dan seorang cedera parah dan sempat menyelamatkan diri di beberapa tempat Kelantan.

Itu belum lagi siri-siri serangan maut dan kecederaan oleh harimau kumbang dan harimau-harimau lain dalam negara.

Perkara ini tidak dihebahkan demi menutup kesedihan keluarga mangsa. Pun begitu setelah banyak siri kes serangan Harimau Malaya di negara ini. Kita bersyukur kerana tidak ada mana-mana pihak menekan pihak berkuasa untuk usaha membunuh semua Harimau Malaya dalam negara walau terbukti ganas dan menakutkan malah usaha konservasi Harimau Malaya kini giat dijalankan walau negara sudah kepupusan hutan yang ketara melalui kempen SELAMATKAN HARIMAU MALAYA. Selepas berjaya membiakkan banyak harimau kemanakah habitat harimau bakal ditempatkan malah dikhuatiri bakal masuk ke kampung-kampung untuk mencari perlindungan dan makan setelah kepupusan habitat.

Serangan haiwan pemangsa ini dianggap sebagai satu KEMALANGAN dan negara menyediakan TABUNG PAMPASAN SERANGAN HIDUPAN LIAR melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai kebertanggungjawaban kerajaan terhadap semua kemalangan melibatkan haiwan liar di Malaysia.

Mungkin ramai tidak tahu antara beberapa mangsa dicatatkan mati atau cedera parah ditempat serangan seperti berikut :

1. Mohd Zaid Abdul Manaf 31 tahun. Mati di kebun getah di Kuala Belah, Kelantan dimana kepala dan tangannya putus.

2. Rokiah Latif 45 tahun. Mati di kebun getah sewaktu menoreh getah di Kampung Pasir Dusun Kelantan. Akibatnya kepala dan badan mangsa terputus dua.

3. Mek Jah Ismail 65 tahun. Juga sedang menoreh di kebun getah di Sungai Long Kelantan. Beliau cedera parah dalam serangan namun dapat melawan harimau dengan menoreh muka harimau dan menakutkan harimau dengan kayu getah. Beliau sempat beberapa kali rebah dan tumbang akibat serangan oleh harimau di kepala, bahu, tengkuk dan dada ketika cubaan terkaman harimau.

Bagaimana pun harimau yang menyerang mangsa hingga ada yang maut dan cedera parah berjaya ditangkap hidup-hidup dengan kaedah yang sangat profesional oleh pihak berkuasa PERHILITAN. Harimau-harimau ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai Perak.

Animal Malaysia memuji langkah PERHILITAN yang bertindak tanpa emosi sebaliknya menjalankan kerja pengawalan serangan dengan profesional tanpa alasan ketiadaan sumber kewangan, tidak cukup peralatan, kekurangan kakitangan atau penciptaan pelbagai alasan sebagai cara mengelak dari tanggungjawab terhadap hak nyawa. Sesuai dengan negara yang mengamalkan dasar kebajikan terhadap haiwan.

Kini banyak harimau seperti kes harimau Awang Besul termasuk harimau kumbang sudah mula masuk dan tersasar dalam penempatan manusia kerana tiada pilihan. Untungnya tidak ada golongan minoriti pejuang mangsa serangan haiwan mendesak supaya pihak berkuasa membunuh semua harimau dalam negara ini. Kebimbangan Animal Malaysia sedikit lega bila ianya tidak berlaku.

Tahniah PERHILITAN ! Animal Malaysia juga mengharapkan agar pihak berkuasa lain yang wujud puluh tahun malah beratus tahun dalam negara mencontohi langkah, kaedah dan modus operandi kemanusiaan PERHILITAN dalam menangani konflik Haiwan lain dan Manusia tanpa diskriminasi haiwan tertentu.

Hentikan kebencian satu jenis haiwan !

#animalcharity #smartaction #wiseadministration #smarteffort #animals #wildlife #stray #wildanimals #strayanimals #saveourwildlife #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.