Go

1. Bela Masa Kecil Sebab Comel. 2. Dah Besar Tak M..

 



1. Bela masa kecil sebab comel.

2. Dah besar tak mahu mandulkan kerana kononnya pemandulan haram dan halang hak kucing untuk rasa nikmat alam rumah tangga. Ada yang bagi alasan nak mandul tak ada duit dan kos vet mandul mahal. (Vet memang mahal. Vet kerajaan tak guna. Macam-macam prosedur birokrasi)

3. Bila lambat mandul atau tak mandul kucing dah gatal tak sangka beranak 3 kali setahun. Sekali beranak purata empat ekor. Setahun berkembang jadi 12 ekor.

4. Tak sanggup tanggung kos makan dah jadi tinggi. Jiran komplen busuk taik kucing berak merata. Kepala pemilik jadi pusing.

5. Asalnya sayang dah mula pikir nak cari Persatuan Haiwan Malaysia, cari shelter, cari adopter. Konon nak serah sebab jumpa kesian bawak balik. Serah pulak tak nak hulur seringgit pon. Tak ada duit katanya. Masa sekor tak mandul sebab tak ada duit jugak. Sebab sayang. Sebab nak keturunan macamlah kucing perlu anak yang soleh untuk diwariskan.

6. Bila persatuan dan shelter tak nak terima mula pertikai untuk apa kewujudan persatuan dan shelter?

7. Akhir sekali dapat gelaran pelempar kucing, penternak kucing dan pedagang kucing.

8. Mula pikir tentang kebajikan kucing lebih baik berada di pasar, medan selera, restoran-restoran kononnya kucing boleh survive dan cari makan sendiri.

9. Dah panik dan tak ada hala tuju. Kucing pon menerima nasib dilempar macam dalam video ini. 👇

10. Maka berakhirlah nasib kucing menderita disiram air panas. Cacat patah kaki, putus tangan dan koyak rabak dan mati dilanggar kenderaan. Tak kurang yang derita sakit, berkurap, kurus kering dan disepak terajang ketika mencuri ikan di pasar atau mintak makan pada orang tak suka kucing yang sedang menjamu selera kerana diganggu kucing.

11. Begitulah kesudahannya nasib haiwan jalanan. Tapi kununnya negara amat jaga kebajikan haiwan. Pemandulan pon banyak kerenah. Banyak klinik kerajaan tak ada vet gred 41 kerana sibuk meeting. Yang buat kerja G17 Pembantu Veterinar taraf SPM. Manakala vet kerajaan di daerah-daerah tak ada buat pemandulan. Harga di Vet swasta tak dikawal dan melampau-lampau kerana harga ubat dan pelali.

12. Yang ada ialah Unit BABI, Seksyen BABI dan Kebajikan BABI sebab untung ratus juta setahun. Apa salahnya ambik sikit duit untuk BABI tolong haiwan jalanan. Kalau tanya BABI tu mesti BABI setuju hasil pengorbanan BABI dibunuh untuk bantu kawan binatang jalanan yang lain. BABI tak banyak cerita. Yang banyak cerita ni yang ada kuasa mengalahkan BABI. Tak percaya tanya BABI.

Video : Kejadian di Malaysia

#stray #strayanimals #saveourstray #saveouranimals #animals #animalmalaysia #malaysiaanimal #malaysiaanimalassociation


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/5355562069994..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.