Mana Mungkin Tidak Melihat Apa Yang Ada Dihadapan...
Tweet | ![]() |
Mana mungkin tidak melihat apa yang ada dihadapan. Sama ada sengaja atau tidak sengaja melanggarnya. Apa yang pasti dalam taman perumahan bukanlah tempatnya memandu secara melulu. Apatah lagi pemandu kenderaan adalah penduduk sama kawasan perumahan dan melalui jalan yang sama keluar masuk.
Insiden memandu begini bukan sahaja mengancam nyawa penduduk malah telah mengakibatkan seekor anjing betina yang sedang bunting dilanggar hingga keguguran kandungan dan cedera. Ibu anjing bernasib baik tidak mati dan diselamatkan seorang penduduk.
Anjing ini berpemilik dan seperti rutian harian pemiliknya baru sahaja membuka pintu pagar untuk membenarkan anjing berehat diluar berjemur dibawah cahaya matahari pagi demi kesihatan dan renggangan tubuh anjing daripada seharian dikurung.
Kejadian berlaku di Taman Clonlee 2, Tampin Negeri Sembilan bukanlah yang pertama kali. Sebelum ini kejadian merejam anjing oleh seorang penduduk juga dilaporkan berlaku di taman yang sama.
Anjing telah dikejarkan ke satu klinik veterinar berhampiran dan dalam rawatan. Satu laporan polis dan laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah dikemukakan. Sama-sama kita tunggu hasil siasatan dan tindakan pihak berkuasa.
#stray #saveourstray #strayanimal #animal #animalmalaysia #malaysiaanimal #malaysiaanimalassociation #saveouranimals
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/5235352684332..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments