Pemilik Haiwan Ternakan Yang Mengabaikan Dan Melep..
Tweet |
Pemilik haiwan ternakan yang mengabaikan dan melepaskan haiwan ternakan sehingga anggaran lebih 40 ekor lembu mati bergelimpangan secara serentak perlu diheret ke mahkamah dan dihukum.
Selain itu beberapa ekor haiwan liar seperti ular, burung hantu, kera, monyet dan beruk juga ditemui mati.
Kejadian ini dikatakan berpunca daripada kerja meracun tikus dilakukan oleh sebuah ladang di Kulaijaya, Johor tanpa menduga banyak haiwan ternakan masuk menceroboh dan termakan bahan beracun yang ditebarkan di kawasan ladang.
Insiden pemilik tidak bertanggungjawab menternak haiwan ternakan secara sistem bebas kerap berlaku. Sistem ternakan bebas kini sudah tidak lagi sesuai dan satu usaha menukar kepada sistem ternakan secara berpagar dan berkandang wajar dilakukan segera.
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments