Dakwaan Saudara Mohd Faizal Zuharny Mengenai Ada B..
Tweet |
Dakwaan Saudara Mohd Faizal Zuharny mengenai ada Badan Pengurusan Bersama (JMB) menzalimi kucing bunting dengan cara memasukkan dalam guni plastik, menggoncangnya untuk tujuan melemaskan kucing gelandangan yang berada dalam kawasan pengurusan JMB tersebut amat berat.
Jika benar seperti didakwa. JMB di Pulau Pinang ini telah menzalimi haiwan dan melanggar hak kebajikan haiwan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Tindakan penting diri JMB begini adalah satu sikap prejudis dan zalim pada haiwan. House Rule purba dan tidak bertamadun JMB begini perlu ditentang. House rule JMB bukan undang-undang sah dan tidak perlu dicabar di mahkamah malahan bukan jenayah sekiranya tidak diikuti.
Kebanyakan House Rule JMB di Malaysia ternyata berat sebelah sedangkan pencinta haiwan juga membayar maintainance fee seperti sama nilainya dengan pembenci haiwan. Mengapa hanya kehendak satu pihak iaitu pembenci haiwan sahaja digunakan menjadi house rule?
JMB juga hanya mahukan bayaran maintainance fee tetapi tidak mahu memikul tanggungjawab kebersamaan untuk keadilan semua penghuni yang berada dalam pengurusan JMB. Sedangkan haiwan gelandangan merupakan makhluk yang tergolong dalam kategori tanggungjawab bersama atau dalam istilah lain disebut Mashalahat Ummah. Justeru jika ianya dikatakan masalah bersama mengapa tiada tindakan dan pengurusan bersama untuk memastikan semua pihak berpuas hati dan haiwan terbela serta tidak dizalimi?
Apakah tiada sedikit pon rasa tanggungjawab JMB di negara ini terhadap makhluk lain di muka bumi? Apa tujuan cleaner dibayar penghuni melalui maintainance fee jika tidak boleh buat kerja cleaner?
Sebaiknya JMB di negara ini mendapatkan khidmat shelter-shelter haiwan gelandangan berbayar untuk bantu menguruskan nyawa haiwan gelandangan agar nyawa tidak dipandang murah oleh masyarakat disamping ianya memudahkan JMB dan bersifat menang-menang terhadap golongan pencinta haiwan.
Jangan hanya mahu kutip duit. Jana untung. Duit dikumpul dan tanggungjawab terhadap alam dan makhluk tidak mahu dipikul. Paling tidak sediakan sedikit bahagian untuk kerja CSR terhadap haiwan malang.
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments