Dua Anak Anjing Berumur 2 Bulan Dipukul Dengan Kay..
Tweet |
DUA ANAK ANJING BERUMUR 2 BULAN DIPUKUL DENGAN KAYU, DICEKIK DAN DIHEMPAS MATI DI GOMBAK SELANGOR
Belum reda kezaliman memakuk anjing di Penampang Sabah. Malam ini satu lagi kejadian pembunuhan anjing di Kampung Gombak Utara, Batu 11 Gombak Selangor.
Hari ini 1 Ogos 2019 sekitar jam 10.30 pagi seekor ibu anjing bersama empat ekor anaknya diserang, dipukul dengan kayu, dicekik dan dihempas bertalu-talu menyebabkan dua ekor anak anjing mati dilokasi manakala ibu anjing cedera di kepala. Pelaku lelaki Melayu berumur dalam lingkungan pertengahan 30-an.
Saksi yang meleraikan kejadian juga turut mahu diserang dan mendakwa dua ekor anak anjing yang dipercayai mati selepas dizalimi dibungkus dalam plastik oleh pelaku untuk dibuang. Saksi yang meleraikan meminta agar bangkai dua anak anjing diserahkan namun tidak diendahkan pelaku.
Saksi yang juga penduduk kampung yang sama dan jiran pelaku tersebut sempat bertekak dengan pelaku dan tidak dapat membantu menyelamatkan nyawa anak-anak anjing yang terlibat memandangkan pelaku bertindak terlalu ganas.
Sehingga kini badan bangkai dua anak anjing masih dalam simpanan pelaku dan tidak dapat dituntut.
Presiden bersama team Animal Malaysia telah turun padang bertemu dengan saksi kejadian serta beberapa penduduk kampung yang melihat aksi zalim ini tadi.
Menurut penduduk kampung. Lelaki yang melakukan kezaliman terhadap keluarga anjing ini adalah seorang lelaki normal dan bukan penghidap penyakit mental.
Ini bukan kali pertama kelakuan kezaliman dilakukannya. Ianya merupakan pembunuhan kedua selepas pembunuhan pertama melibatkan 4 ekor anak anjing mati dibunuh oleh pelaku yang sama dengan cara dihempas mati, dibungkus lalu dibakar oleh pelaku ini.
Satu laporan polis telah dibuat oleh saksi dengan bantuan Animal Malaysia.
Terdapat tiga video kejadian pembunuhan ini dirakamkan sebagai bukti perlakuan.
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/4633392545022..
Tweet |
Facebook Comments