Go

Susulan Kes Kucing Dikatakan Terbiar Dan Terabai D..

 



Susulan kes kucing dikatakan terbiar dan terabai daripada penjagaan pemilik di Batu 13, Labu Hilir Negeri Sembilan.

Team Animal Malaysia diketuai Presiden Arie Dwi Andika sendiri mengadakan kunjungan mengejut dengan mambawa bersama pihak yang melaporkan, pihak yang memviralkan mengenai nasib kucing tersebut dan Abam Firdaus dari Abam Furry.

Hasil kunjungan Animal Malaysia mendapati beberapa salah faham awal berlaku antara pengadu dan pemilik. Pengadu merupakan jiran sebelah rumah pemilik dan aduan dibuat berdasarkan keadaan sangkar dan tempat yang kotor.

Namun temuramah bersama pemilik secara umum Animal Malaysia mendapat penjelasan seperti berikut :

1. Pemilik mempunyai dua ekor kucing domestik peliharaan yang sihat.

2. Kucing dipelihara dalam keadaan sihat, bersih dan kondisi tubuh badan yang baik.

3. Pemilik mempunyai stok makanan mencukupi dan kucing tidak terbiar kebuluran seperti disangka diperingkat awal.

4. Persekitaran sangkar dan keadaan telah dibersihkan sepenuhnya.

5. Kucing adalah dipelihara secara “indoor” dalam rumah sepenuh masa dan cuma keluar untuk buang najis.

Pada video pertama yang diviralkan kita melihat kondisi penuh najis berikutan pemilik mengakui tempat tersebut memang lama tidak dibersihkan beberapa hari manakala kucing yang ada dalam sangkar diletakkan adalah sementara sahaja untuk membersihkan kawasan lainnya supaya kucing tidak berkeliaran ke rumah jiran lain dan bergaduh dengan kucing lain. Ketika itu juga rakaman oleh pengadu dan pemviral dilakukan dan menimbulkan persepsi yang salah terhadap penjagaan kucing berkenaan.

Pihak Animal Malaysia telah memberi pandangan dan saranan kepada pemilik mengenai pentingnya pembersihan sangkar kucing agar tidak berlaku salah faham lagi berkenaan penjagaan seperti yang berlaku sebelum ini di kemudian hari.

Hasil persetujuan bersama selepas lawatan mengejut Animal Malaysia adalah :

1.Sangkar diakui kotor dan bernajis. Tapi kucing bukan dikurung kekal dalam sangkar kotor itu. Cuma ketika itu kebetulan kurung sekejap untuk elak kucing pemilik gaduh dengan kucing lain.

2. Pemilik mengaku najis di kawasan sangkar lama tidak dibersihkan. Tapi kucing tinggal dalam rumah dan najis itu adalah tempat kucing membuang kebiasaannya.

3. Pemilik sayang kucing. Kucing tinggal dalam rumah bersama keluarga.

4. Kucing akan dimandulkan kedua-duanya pada hari Jumaat ini 09 Ogos 2019.

5. Pemilik berjanji insiden ini tidak berulang dan akan lebih peka terhadap kebersihan kawasan rumah dan kawasan kucing bermain.

Kedua-dua pihak iaitu pemilik kucing, pegadu dan pemviral telah saling bermaaf-maafan dan saling membetulkan keadaan berikutan salah faham yang berlaku sehingga menyebabkan viral dan mengundang persepsi salah.

Animal Malaysia juga sempat memberi bantuan sebungkus makanan kucing 7kg sebagai galakan agar pemilik memelihara kucing ini dengan baik dan berharap insiden sangkar kotor dan sempit ini tidak berulang.


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2153877878244..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.