Go

Walau Hanya Seekor Tikus. Cara Mematikan Haiwan Pe..

 



Walau hanya seekor tikus. Cara mematikan haiwan perosak ini dengan membakarnya hidup-hidup bukan satu S.O.P yang berperikemanusiaan. Pelaku dikenal pasti sepasang remaja lelaki dan perempuan.

Menurut Akta Kebajikan Haiwan 2015 mematikan haiwan secara membakarnya hidup-hidup merupakan satu berbuatan khianat, zalim dan jenayah. Ia bukan cara sepatutnya. Namun pembunuhan haiwan itu boleh dilakukan bagi maksud kawalan populasi haiwan oleh mana-mana pihak Berkuasa yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Seksyen 31 (1) perihal PEMBERIAN RACUN pula menjelaskan mana-mana orang tanpa kebenaran yang sah atau sebab yang munasabah. (a) memberikan apa-apa ubat atau bahan yang beracun atau memudaratkan kepada mana-mana haiwan;

Animal Malaysia memahami bahawa tikus dikategorikan sebagai haiwan makhluk perosak (pest animal). Namun Animal Malaysia berpendapat perbuatan zalim membakar haiwan bukan perbuatan biasa tetapi jenayah. Daripada keseronokan membakar tikus akan menjadi jenayah membakar haiwan lain.

Tahun 2017 terdapat kes beberapa remaja membakar kucing secara hidup-hidup di hadapan sebuah kedai serbaneka di Rembau Negeri Sembilan. Namun kes tersebut terpaksa ditutup dan pelaku gagal didakwa kerana ketiadaan saksi.


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/6104453428157..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.