Go

Neutering Aid For 3 Cats In Ampang (Ismail B. Abu Bakars)

 


We have fully sponsored RM250 for the spaying of Kiki-Lala and Minnie and the castration of Awang.

From: Jam Rashed
Date: 2016-02-02 12:01 GMT+08:00
Subject: Neutering for 2 female & 1 male cats
To: chankahyein@gmail.com

Good morning to you,

Dear Dr Chan,

AnimalCare. org

Tarikh: 01 Feb, 2016

Saya Ismail bin Abu Bakar, yang tinggal di alamat Lot no 2, Lorong Permai 4, Kg Tasik Permai, Ampang, Selangor.

Saya, Isteri dan ahli keluarga kami, sayang dan perihatin terhadap haiwan peliharaan terutama kucing2 terbiar atau jalanan. Baru-baru ini saya telah mendapatkan rawatan pemandulan bagi 3 kucing jalanan di SPCA, Ampang Jaya, Selangor.

Saya telah mendapat maklumat berkenaan organisasi ini melalui internet.  Jadi saya ingin menceritakan berkenaan ketiga-tiga kucing tersebut yang saya dan keluarga namakan – Awang, Kiki-Lala & Minnie.

Ikuti kisah bagaimana saya ambil / jumpa kucing2 ini adalah:

     AWANG – Seekor kucing jantan, yang saya jumpa semasa saya hendak parker kereta saya dipejabat (Putrajaya) kira-kira 2 bulan lepas. Kucing ini saya lihat berada dibawah salah sebuah kereta mobile pejabat.  Apabila dia nampak saya, kucing ini perlahan-lahan datang kepada saya sambal mengiau-iau minta perhatian.  Saya lihat ia kelaparan, tapi saya tiada sebarang makanan ketika itu. Lalu saya pergi ke cafeteria dan membeli nasi dan ikan. Saya berikan makanan dan air tersebut padanya dan ia makan dengan rakus.  Saya letakkan juga sebuah kotak kosong disitu untuk kucing ini (bagi mengelakan dari dilanggar kenderaan lain).  Pada sebelah petang apabila habis tugasan pejabat saya hendak balik kerumah seperti biasa. Tetapi saya agak terkejut kucing yang saya namakan Awang masih berada berdekatan kereta saya. Kerana kasihan & sayang saya pada haiwan saya bawa ia pulang untuk dirawat, dimandulkan dan diberi makanan seadanya.

 

KIKI-LALA – Kucing betina yang comel & bersuara amat perlahan. Pada suatu hari seekor ibu kucing telah datang dan makan bersama-sama kucing2 kami yang lain.  Kami memang benarkan kucing2 jalanan singgah dan makan di kawasan rumah kami asalkan mereka boleh bergaul sesama kucing2 kami yang lain.  Setelah diamati saya dapati ibu kuicng ini sedang mengandung.  Ibu kucing ini hanya datang untuk makan dan berlalu pergi setiap hari, gitulah cara dia. Selang beberapa minggu, ibu kucing ini telah melahirkan 3 ekor anak kucing tetapi 2 ekor darinya telah mati 2 minggu kemudiannya.  Anak kucing yg hidup ini kami namakan Kiki-Lala.  Setelah lebih sebulan ibu kucing itu menghilangkan diri dan meninggalkan anaknya pada kami.  Kerana kasihan dan sayang kami jaga Kiki-Lala hingga kini.  Baru-baru ini saya telah memandulkan dia demi kebaikan bersama.

 

MINNIE – Kucing betina berwarna kelabu dan sangat manja yang datang dari Shah Alam. Bagaimana ia ada dirumah saya, ikuti kisahnya.  Dua ekor ibu kuicng dan 5 ekor anaknya ini berada diluar cafeteria ditempat isteri saya bekerja.  Pihak kakitangan café yang juga kenalan isteri saya sering menceritakan kisah kucing-kucing yang sering menjadi ancaman kerana dikejar dan dimakan oleh anjing-anjing liar disekitar kawan hutan disitu.  Cafeteria hanya dibuka pada waktu pejabat sahaja.  Apabila waktu malam dan hujung minggu (Sabtu dan Ahad) banyak anjing-anjing liar berkeliaran di situ.  Pihak café selalu memujuk isteri saya agar menolong menyelamatkan kucing-kucing tersebut tetapi pada waktu itu saya tidak bersetuju.  Selang beberapa minggu mereka memberitahu isteri saya hanya tinggal seekor ibu kucing dan seekor anak kucing yang terselamat.  Isteri saya jadi sedih dan kasihan pada haiwan ini.  Kami berjaya membawa pulang ibu kucing ini dan anaknya.  Tetapi malangnya ibu kucing tersebut berjaya melarikan diri dari peliharaan saya 2 hari kemudianya.  Yang tinggal hanya anaknya ini yang kami namakan Minnie.  Keistimewaan Minnie, ia suka pada bau-bauan yang harum (perfume), pandai mengatur buangan dibilik air dan saya telah memandulkan ia baru-baru ini.

Nota:

Maaf kerana saya tidak begitu pandai mengarang cerita dalam English. Jadi saya rasa lebih sesuai saya bercerita dalam bahasa Malaysia.

Butiran diri saya:

Nama:  ISMAIL BIN ABU BAKAR

Klinik Haiwan:  SPCA, Ampang Jaya, Selangor

No resit / tarikh:  251827 / 26hb Jan, 2016

mini-PicMonkey Collage_Before final1

mini-PicMonkey Collage_After final2

 

 



Source: https://myanimalcare.org/2016/02/05/neutering-aid-for-3-cats..



 

avatar

AnimalCare

AnimalCare is a registered society that promotes caregiving to street animals and helps in their neutering and medical needs. AnimalCare has a Medical Fund, Food Fund and Education Fund.

More Articles   |   Pets For Adoption   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.