Vaccination Subsidy For 1 Cat, July (Asmalinda Hassans)
Tweet |
We have subsidised RM20 for the vaccination of this cat. This subsidy comes from all donors through our Medical Fund.
From:As Expert
Date: 2013/7/20
Subject: Bantuan subsidi vaksin untuk anak kucing ‘July’
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>
Dr Chan,
Saya ada terjumpa seekor anak kucing ‘July’ berumur angaran sebulan lebih, di kedai makan kawasan Chowkit. Kelihatan seperti July tiada ibu dan tiada bertuan. July berlari2 dan bermain tanpa memikirkan bahaya kereta di jalan. Oleh kerana agak membahayakan July untuk berada diluar yang berhampiran jalan besar. Jadi saya mengambilnya untuk di bawa pulang ke rumah.
Kehadiran July menghiburkan. Tapi pada masa yang sama kesedihan yang tak terkata… Kehadiran July rupanya penganti bakal kehilangan anak kucing ‘Comelbu’ di rumah saya. Comelbu mati akibat selsema dan radang paru2 yang teruk. Kerana saya tak kemampuan untuk mevaksinnya sebelum ini.Walaupun saya menghadapi masalah kewangan.Saya tak pernah mengalah dan sering berusaha berulang ke beberapa klinik vet merawat Comelbu dan pelbagai ubat diberi. Namun Comelbu pergi jua.
Jadi saya bimbang akan mudah dijangkitan virus tersebut pada July. Saya teringat pd Dr Chan bagitau dulu yg ada subsidi vaksin. Saya terus vaksin July pada hari yg sama. Doktor vet telah vaksin & deworm July. Jadi saya memohon subsidi vaksin July. Doktor Vet juga telah menetapkan tarikh vaksin kedua.
Dr chan, jadi saya ingin mendapatkan subsidi vaksin yang terdapat di myanimal care iaitu untuk 2 vaksin yang pertama. RM20 (12/7/13) dan next vaksin RM20 (2/8/13). Harap Dr Chan dapat membantu.
Terima kasih.
Source: http://myanimalcare.org/2013/07/29/vaccination-subsidy-for-1-cat-july-asmalinda-hassans/
Tweet |
Facebook Comments