Medical Subsidy For Lily, Injured Cat From Ipoh (Lee Chew Keangs)
Tweet |
We have subsidised RM60 for the medical expenses for Lily, an injured cat rescued by Lee Chew Keang from Ipoh. This subsidy comes from all donors through our Medical Fund (RM20) and Berjaya Cares (RM40).
From:Lee Chew Keang
Date: 2013/6/16
Subject: memohon bantuan medical subsidi terhadap kucing jalanan.
To: <chankahyein@gmail.com>
Kah Yein, Saya ingin memohon bantuan subsidi perubatan terhadap seekor kucing jalanan di belakang rumah saya. Kucing ini saya berikan nama Lily, dia telah beranak 5, 4 anaknya telah mati dilanggar lori pembawa pasir, saya hanya sempat menyelamatkan seekor anaknya, dan anaknya itu dijadikan umpan untuk menangkap Lily supaya boleh spay dia. Saya terpaksa kurung anak kecil dengan Lily setelah berjaya menangkapnya masuk cage, dan sampai anaknya putus susu, Lily telah saya bawa ke klinik untuk spay dengan bantuan subsidi animal care pada hujung bulan Mac. Lily memang sangat garang, selepas dua minggu spay, saya bawa dia ke klinik untuk membuka benangnya tetapi dia keluarkan bunyi kuat dan hendak mencakar dan menggigit, sampai saya terpaksa bawa dia balik dan tanpa buka benang. Saya telah melepaskan dia di belakang rumah saya dan memberikan makanan dan miniman air setiap hari. Baru-baru ini saya dapati dia diam sahaja di belakang rumah saya, dan saya dapati sebelah biji matanya sudah mengecil dan berair keluar, saya juga rasa di bawah mata kecil itu ada ketumbuhan yang sangat besar, memang sudah banyak kali saya cuba menangkapnya tetapi dia sangat garang, dan keluarkan kuku tajamnya untuk mencakar. Kali ini saya juga ambil anaknya sebagai umpan, dan berjaya membawanya masuk cage dan terus ke klinik.Setelah doktor memeriksa, doktor kata itu adalah abscess, dan dr bagi suntikan tidur kerana dia asyik mencakar dalam cage. Dr picit semua nanah keluar.
Setelah siap, Dr suruh saya balik cuba picit mukanya supaya nanah yang ada boleh keluar lagi. saya masuk saja jari.dekat muka dia, dia asyik menggigit tangan saya.Dan saya ada baginya makan antibiotik, setelah tiga hari saya nampak dia sudah baik.
Source: http://myanimalcare.org/2013/06/18/medical-subsidy-for-lily-injured-cat-from-ipoh-lee-chew-keangs/
Tweet |
Facebook Comments