Go

Cat Speutering Day (Kampar) 2013

 


CAT SPEUTERING DAY & ADOPTION DRIVE, KAMPAR 2013Hari pemandulan murah untuk kucing-kucing berpemilik dan program pengambilan ‘kucing-kucing angkat’ di Kampar, Perak!

Tarikh : Ahad, 31 Mac 2013
Masa : Bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang (First come first serve basis)
Lokasi : KLINIK HAIWAN KAMPAR, No. 6, Persiaran Siswa, Taman Kampar Siswa, Kampar, Perak.



Misi utama penubuhan KTAJ-SCRATCH adalah untuk mengurangkan populasi haiwan jalanan dan menggalakkan lebih banyak pemilik-pemilik kucing mengambil kucing-kucing jalanan sebagai ‘kucing-kucing angkat’.

Pembuangan kucing-kucing ke jalanan oleh pemilik-pemilik kucing tidak akan dapat dihentikan sekiranya pemilik-pemilik kucing gagal memandulkan haiwan peliharaan mereka. Kebanyakan pemilik-pemilik tidak bertanggungjawab ini mengambil jalan mudah dengan membuang kucing-kucing milik mereka apabila telah beranak-pinak dan tidak mampu dipelihara lagi.



Kebanyakan penyelamat haiwan dan pencinta haiwan sudah tidak mampu menempatkan kucing-kucing yang semakin hari semakin banyak dibuang, terutama sekali kucing-kucing yang sakit dan cedera, anak-anak kucing yang dibuang ketika belum putus susu dan ibu-ibu kucing yang sedang sarat mengandung. Akibatnya, semakin banyak kucing-kucing yang menghuni jalanan, pasar-pasar awam, kaki lima kedai-kedai makan. Kucing-kucing ini terdedah kepada ancaman bahaya oleh kucing-kucing lain, anjing liar, manusia yang tidak berperikemanusiaan, kenderaan, penyakit, kematian dan sebagainya.

Justeru itu, KTAJ-SCRATCH dengan kerjasama dan jasa baik KLINIK HAIWAN KAMPAR ingin mengadakan Hari Pemandulan Kucing (Cat Speutering Day) dengan mempromosikan program pemandulan murah bagi pemilik-pemilik kucing memandulkan haiwan peliharaan mereka. Kami juga ingin mencarikan pemilik-pemilik baru untuk kucing-kucing yang diselamatkan dan yang ditinggalkan di premis klinik ini agar diberikan penempatan dan keluarga baru supaya kehidupan haiwan-haiwan ini lebih terjamin melalui Program Pengambilan Kucing-kucing Angkat (Cat Adoption Drive) yang akan berlangsung pada hari yang sama.

YURAN PEMANDULAN

RM60 untuk seekor kucing jantan (Caj normal ialah RM80)
RM80 untuk seekor kucing betina (Caj normal ialah RM140)

*10 pendaftaran terawal layak menerima yuran pemandulan hanya RM50 sahaja untuk kucing betina yang dimandulkan.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Hanya kucing-kucing berpemilik yang didaftarkan dengan kami layak mendapatkan yuran pemandulan murah seperti yang kami iklankan.

Untuk mendaftar, emailkan [Subjek : CSD Kampar] ke ktaj0311@gmail.com
- nama pemilik dan no. kad pengenalan
- nama si comel/jantina/umur 

- no. telefon bimbit pemilik
- gambar si comel

2) Pemilik perlu membuat pembayaran yuran pemandulan terus ke akaun rasmi Kucing Terbiar & Anjing Jalanan semasa pendaftaran. Yuran tidak akan dipulangkan.

Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran yuran pemandulan ialah 28 Mac 2013, jam 8 malam.

3) Kad vaksin WAJIB di bawa semasa pemandulan.

Sekiranya kad vaksin tidak di bawa bersama, pihak KTAJ SCRATCH dan KLINIK HAIWAN KAMPAR menganggap kucing ini tidak divaksinkan dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komplikasi dan jangkitan berlaku ke atas kucing milik anda selepas pembedahan.

Sekiranya kucing anda belum divaksinkan, anda boleh membawa kucing anda untuk vaksinasi pada tarikh berkenaan dan KLINIK HAIWAN KAMPAR akan menetapkan tarikh lain untuk pemandulan kucing milik anda. Yuran vaksin hanya RM35 saja. 

SYARAT-SYARAT KUCING YANG INGIN DIMANDULKAN

1. Kucing yang ingin dimandulkan perlu mencapai umur 4 bulan dan ke atas bagi betina, dan 5 bulan ke atas bagi jantan. Berat kucing tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 2kg.

2. Anda perlu membawa sendiri kucing yang ingin dimandulkan ke KLINIK HAIWAN KAMPAR.

3. Kucing berada dalam keadaan sihat dan TIDAK bunting.

4. Kucing yang ingin dimandulkan perlu dipuasakan 12 jam SEBELUM pembedahan.

5. Semua kucing yang dimandulkan perlu di bawa pulang pada hari yang sama. Sekiranya tidak, caj wad/boarding akan dikenakan.

6. Kucing yang dimandulkan perlu di kurung sekurangnya 5 hari untuk kucing jantan dan 7 hari untuk kucing betina untuk memastikan luka pembedahan kering dan sembuh sepenuhnya sebelum di lepaskan bermain/keluar.

7. Sekiranya berlaku komplikasi selepas pembedahan, sila beritahu kami dan bawa kucing tersebut ke KLINIK HAIWAN KAMPAR dengan segera.

8. Sila pantau kucing yang telah dimandulkan dari masa ke semasa.


PENGAMBILAN KUCING-KUCING ANGKAT

Kucing-kucing ini merupakan kucing yang dibuang di kawasan premis KLINIK HAIWAN KAMPAR. Sebahagiannya lagi terdiri daripada kucing-kucing yang ditinggalkan oleh rescuer dan pemilik-pemilik yang tidak bertanggungjawab setelah kucing-kucing ini diberikan rawatan sewajarnya oleh pihak klinik. 

Pihak klinik mengalami kekurangan dan kekangan sangkar untuk merawat kucing-kucing pelanggan lain memandangkan Boarding Room yang ada telah digunakan untuk menempatkan kucing-kucing malang ini.

Adoption fee yang ditetapkan ialah RM80 dan kucing-kucing ini akan diberikan 3 vaksin percuma. kebanyakan kucing yang ingin dicarikan pemilik baru ini terdiri daripada anak-anak kucing berumur 3 bulan dan ke atas. 


Makanan kucing-kucing ini di klinik buat masa ini dibiayai ihsan syarikat Royal Canin. 




10 adopter pertama akan menerima hadiah istimewa daripada HENRY CATS AND FRIENDS dan kucing-kucing ini layak mendapat yuran pemandulan murah/Subsidi Pemandulan apabila telah cukup umur untuk dimandulkan nanti. 

PROMOSI LAIN

Bermula hari ini, KLINIK HAIWAN KAMPAR akan memberikan harga istimewa untuk VAKSIN 4 dalam 1 iaitu RM35 berbanding harga biasa RM45.

Terdapat pelbagai diskaun untuk barangan terpilih di KLINIK HAIWAN KAMPAR.

Selain itu, dapatkan juga barangan jualan amal SCRATCH dan menyumbang di tabung derma SCRATCH untuk membantu kami meneruskan aktiviti-aktiviti kami membantu penyelamat-penyelamat haiwan di luar sana menyelamatkan haiwan jalanan. 


Jangan lepaskan peluang ini kerana program ini hanya akan berlangsung mungkin hanya setahun sekali :)  



Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2013/03/cat-speutering-day-kampar-2013.html



 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.