Medical Subsidy For 3 Cats (Asmalinda Hassans)
Tweet |
Ref:http://myanimalcare.org/2012/08/06/medical-subsidy-for-2-cats-chiehat-tothi-asmalinda-hassans/
This is a follow-up.We have subsidised RM40 for this case.
From:As Expert
Date: 2012/8/14
Subject: Tothi, Fair & Loreng
Hai Dr Chan,
How are you today? Harap semuanya baik.
Saya dah bawa Tothi, Fair dan Loreng ke klinik. Ubat yang diberikan untuk 10 hari kepada Tothi dan 7 hari kepada Fair dan Loreng. Dr Vet kata paru-paru Tothi masih baik lagi. Setelah 2 hari makan ubat nampaknya perubahan yang positif. Tothi sudah kekurangan hingus kuningnya. tapi masih lagi berhingus. Tothi sudah mula bermain-main. Seronok tengok Tothi kembali ceria. Manakala Fair dan Loreng juga nampaknya pun dah kurang selsema. Harap-harap mereka semua cepat-cepat sihat.
Bil Rawatan RM80(asalnya RM92), pada mulanya RM180. Setelah berbincang dengan Dr Vet, saya minta rawat mengikut yang memerlukan, penting dan perlu sahaja kerana pada masa tu saya hanya bawa RM100. Maka, Dr Vet memberikan suntikan pada Fair kerana Kurap di Telinga yang agak teruk bimbang berjangkit dengan yang lain kata Dr Vet dan ubat selsema kepada Tothi (10hari), Fair & Loreng (7 hari). Dr Vet bagitau sekiranya masih tidak baik, saya kena bawa mereka ke klinik selepas habis ubat. Saya harap dengan ubat yang ada ini sudah boleh menyembuhkan mereka dengan segera.
Terima kasih Dr Chan.
As.
Updates:
From:As Expert<as_expert@yahoo.com>
Date: 2012/8/23
Subject: Pos Ekspres – Tothi, Fair & Loreng
Dr Chan,
Saya ucapkan terima kasih atas bantuan Dr Chan sebab memberi sumbangan terhadap rawatan mereka. Sekarang mereka sudah sihat, Tothi, Loreng dan Fair tiada lagi hingus dan penafasan mereka nampak lancar. Cuma Loreng ada kadangkala batuk sikit2. Kurap pada Fair juga sudah tiada. Syukur mereka semua nampak ceria.
Terima kasih Dr Chan.
As
Source: http://myanimalcare.org/2012/08/24/medical-subsidy-for-3-cats-asmalinda-hassans/
Tweet |
Facebook Comments